KEMENANGAN lagu Hasrat ciptaan dan nyanyian Amir Jahari sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menjadi bualan ramai. Malah nama penyanyi berbakat itu juga menjadi tular di laman sosial.

Susulan itu, tular satu video di laman sosial Tiktok yang memaparkan Amir Jahari dikritik oleh barisan juri dalam sebuah program realiti televisyen pada tahun 2011.

Menerusi rakaman tersebut Seniwati Fauziah Ahmad Daud atau Ogy sebagai salah seorang juri berkata terdapat banyak kekurangan dalam nyanyian Amir ketika itu.

“Daripada konsert minggu pertama awak tak tahu apa nak buat, minggu kedua dan ketiga juga begitu.

“Pada saya, nyanyian awak lemah, lemah dan lemah.

Baca juga: Pernah jual gitar untuk hidup, Amir Jahari muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-38 buat ramai sebak, 10 info menarik mengenainya

Baca juga: ‘Journey dia tak semua mampu lalui & pikul.’ Beto Kusyairy dedah sisi Amir Jahari jentik hati warga maya

Baca juga: ‘Saya sendiri pernah jadi juri…’ – Adibah Noor sedia terima kritikan

“You don’t have anything to offer to us. Pada saya, awak adalah salah seorang calon yang akan digugurkan, I am sorry,” kata Ogy.

 

Tidak hanya itu, seorang lagi juri, Datuk Norman Abdul Halim berkata beliau merasakan tiada pujian yang boleh diberikan kepada Amir.

“Saya cari jalan nak puji awak untuk menaikkan semangat tetapi tiada apa yang boleh saya bagi kepada awak. Minta maaf.

“Saya tidak faham persembahan awak. Dengan lagu pilihan dan cara persembahan. Kawalan vokal awak oklah, tapi lagu itu pun bukan mencabar sangat,” kata Norman.

Namun, juri ketiga, Datuk Hattan pula berpendapat sebaliknya dan menjangkakan Amir bakal bersinar satu hari nanti.

“Pendapat ikhlas dari saya ialah saya rasa awak tak ada ‘jiwa’ untuk berada di sini.

“Meskipun pertandingan ini bukan tempat bagi awak tetapi kita ada cara lain untuk kembangkan bakat dan karier kita, sebab rezeki itu ada di mana-mana.

“Saya suka sangat dengan nada suara awak, memang sedap. Kalau awak kekalkan cara ‘busking’ awak ini hingga ke luar negara saya jamin awak akan kekal lebih lama daripada peserta lain dalam pertandingan ini,” katanya.

Iklan

Amir yang tunduk mendengar komentar daripada para juri turut menitiskan air mata.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memuji cara Amir yang tenang menerima komen yang pedas dan tetap meneruskan kariernya dalam bidang nyanyian.

– “Amir jahari bakatnya bukan sahaja penyanyi tapi berkarya dalam muzik.”

– “You last longer daripada student lain, mantap Datuk Hattan.”

– “Amir Jahari crying breaks me.”

– “Aturan ALLAH sememangnya sangat cantik. Segala liku hidup Amir lalui akhirnya.Tahniah!

Iklan

Siapa sangka 13 tahun kemudian lagu Hasrat ciptaan Amir muncul juara AJL38. Runut bunyi filem Imaginur lakonan Beto Kusyairy dan Diana Danielle itu menewaskan 11 lagu lain yang bertanding sekali gus berjaya memenangi hadiah utama sebanyak RM100,000 dan trofi.

Kredit: Tiktok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!