PENYANYI Siti Sarah secara profesional telah bertemu wakil masyarakat Orang Asli khusus bagi membuat permohonan maaf secara terbuka berkaitan isu melibatkan dirinya dengan suku kaum tersebut baru-baru ini.

Pertemuan itu berlangsung pada malam Selasa.

Menerusi IG TV miliknya, Sarah ditemani pengurus membuat pertemuan itu dalam menyampaikan hasrat dan meluahkan isi hatinya.

"Saya Siti Sarah dengan rendah hati, menyusun 10 jari memohon maaf kepada masyarakat Malaysia terutama kepada 18 suku kaum Orang Asli... atas kekhilafan diri saya yang menguris hati masyarakat Orang Asli.

"Sesunguhnya tidak lintas dan terniat untuk saya melukakan hati Orang Asli. Sebagai manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan...Sarah juga sama…" katanya.

 

Iklan

Artikel berkaitan: Isu hina rambut Orang Asli, Siti Sarah buat permohonan maaf terbuka

Iklan

Siti Sarah sangat kesal dan menyesal atas apa yang berlaku.

"Dan apa yang terjadi ini akan menjadi satu pengajaran bukan sahaja untuk sarah tapi juga kepada masyarakat di luar sana.

"Sekali lagi...saya memohon maaf secara terbuka kepada semua masyarakat komuniti Orang Asli atas apa yang terjadi. Maafkan Sarah..." ujarnya.

Sementara itu, suaminya, Shahmira Muhamad atau Shuib turut meninggalkan komen memberi semangat kepada isterinya itu.

"Such a good heart sayang… you berani ke depan untuk menjernihkan keadaan. InsyaAllah akan dipermudahkan…I akan selalu ada untuk you.. LOVE U SO MUCH SAYANG," tulisnya.

Terdahulu Sarah menerima kecaman hebat selepas kenyataan yang dibuat menerusi video terbabit dikatakan menghina rambut Orang Asli.