[VIDEO] "Subhanallah merdunya..."- Warganet terbuai Zizi Kirana taranum surah al-Kauthar

[VIDEO] "Subhanallah merdunya..."- Warganet terbuai Zizi Kirana taranum surah al-Kauthar
[VIDEO] "Subhanallah merdunya..."- Warganet terbuai Zizi Kirana taranum surah al-Kauthar
A
A
A

ZIZI KIRANA, seunik namanya. Suatu ketika dahulu penyanyi kelahiran Sabah itu pernah menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen gara-gara penampilan imej seksi.

Namun begitu, hari ini berbeza apabila pelantun lagu Eh! tersebut mula memakai hijab dan berpenampilan sopan.

Pada masa sama, Zizi berusia 36 tahun turut memadam foto-foto penampilan seksinya di laman sosial.

Terbaharu, pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil itu menunjukkan kebolehan bertaranum al-Quran.

Menerusi perkongsian video di Instagram, selebriti itu mengalunkan surah al-Kauthar yang meruntun jiwa sesiapa sahaja mendengarnya.

"Surah al-Kauthar, taranum rast. Baru belajar ni. Maaf kalau kurang ya,” tulis Zizi pada bahagian kapsyen posting tersebut.

Demi ibu, Zizi Kirana janji tak pakai seksi mohon peminat sabar

Baca juga Demi ibu, Zizi Kirana janji tak pakai seksi mohon peminat sabar

Ternyata video taranum itu mendapat pujian ramai dan setakat artikel ini ditulis telah mendapat hampir 60,000 tanda suka.

Kata warga maya:

"Mantap..teruskan belajar dah boleh wakil Malaysia nanti".

"Subhanallah masya-ALLAH merdunya."

"Sungguh mengasyikkan alunan lontaran suaranya."

"Masya-ALLAH.. Merdunya.. Sebutan huruf pun jelas."

"Tuddia... Dia wuslah ke sikah nun, superb la."

Surah al-Kauthar alunan Zizi turut mencuri perhatian rakan artis termasuklah Fakhrul Unic, Sarah Suhairi, Diana Amir, Fazura dan Elly Mazlein termausklah pujian daripada juara qariah peringkat antarabangsa, Farhatul Fairuzah.

Masyaallah! Sedap betul alunannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca