[VIDEO]"Alhamdulillah tak sakit pun... umpama korek hidung je"- Wawa kongsi buat swab test Covid-19

"Alhamdulillah tak sakit pun... umpama korek hidung je"- Wawa kongsi buat swab test Covid-19
"Alhamdulillah tak sakit pun... umpama korek hidung je"- Wawa kongsi buat swab test Covid-19
A
A
A

PENULARAN virus pandemik Covid-19 di negara kita masih membimbangkan.

Bagi memastikan diri bebas daripada virus tersebut, ramai individu mengambil inisiatif sendiri untuk menjalani ujian.

Tidak terkecuali buat pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal turut menjalani swab test bersama kakitangan syarikatnya.

Menerusi laman Instagram, Wawa berkongsi sebuah video sesi pengambilan ujian tersebut untuk tatapan umum.

"Done swab test untuk semua staf Wawa. Alhamdulillah tak sakit pun. Korang bila lagi? Rasa dia umpama korek hidung je, serius," tulisnya.

Wawa turut mengambil kesempatan memberikan penghargaan kepada klinik berkenaan kerana memberikan keputusan ujian saringan pada hari yang sama.

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, menunjukkan giliran Wawa mengambil ujian dan proses itu berjalan dengan lancar.

Walaupun sampai berair mata, kelihatan Wawa tersenyum selepas sampel tersebut diambil daripada hidungnya.

Baca juga Siti Nurhaliza berterima kasih kepada Aishah, Shiha Zikir

Menjengah di ruangan komen, ramai warganet memuji kecantikan Wawa biarpun dalam keadaan sedang menahan nafas ketika menjalani swab test itu.

putriratu._95 - Muka korek hidung pun lawa... jeless!

daniallaziman - Swab test ni ikut kepada yang tukang jolok tu..ade dapat yang jenis jolok sampai ke dalam memang tersentap terus rasa. Ni Wawa dapat yang jenis jolok sakit je. Alhamdulillah la tak nampak seksa sangat kan.

produk_bidadari - Wowwww tengok Wawa lama mesti lawaa.

zurraidaali - Memang sentiasa nampak cantik.

eykaeykaa - Tengah korek hidung pun lawa. Kalau aku tu kentang teruk.

atie.beauty - Buat swab test pun nampak comel, nampak cantek.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca