[VIDEO]Alisa Aisyah ucap terima kasih dihujani ribuan komen

[VIDEO]Alisa Aisyah ucap terima kasih dihujani ribuan komen
December 21, 2020
Oleh Faezah Muda

SEMUA maklum selebriti dan usahawan Hanis Zalikha Zainal Rashid dan suami Hairul Azreen diumum sebagai Couple MeleTOP dalam Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) malam tadi.

Pasangan itu turut dikatakan menang besar apabila anak kedua mereka, Alisa Aisyah turut dinobat sebagai pemenang Si Cilik MeleTOP.

Alisa Aisyah yang baru berusia setahun lebih memiliki personaliti sangat menarik yang membuatkan ramai terpesona apabila melihat aksinya.


Ibu muda itu juga sentiasa berkongsi video pendek kehidupan si comel itu di laman Instagram.

Yang terbaharu, Hanis Zalikha berkongsi sebuah video Alisa Aisyah mengucapkan terima kasih buat semua peminatnya di atas kemenangan.

[VIDEO]Alisa Aisyah ucap terima kasih dihujani ribuan komen

Video yang berkapsyen “Terima kasih semua yang bagi hadiah kepada Alisa untuk tahun 2020 ni” itu menjadi perhatian warganet sehinggakan beribu ucapan ditinggalkan di ruangan komen.

by_annoura – Ehhh geram pulak mana gigi die tuhhhhh.. Tahniah Alisa.

pinaameow – Congrats budak omel.

nr4tiq.rhm – Atotototototototo omelnya dia geyammmm.

aienkhusaini_ – Congratsss cutieeee Alisa.

Baca juga Corat-coret AME2020 : Dari depan pentas hingga bilik sidang media

Iklan

yeyaanazari – Alisa deserves it!! Congrats Alisa Aisyah.

safia – Yeyyyyyy tahniah Alisaaaa. Memang hope sangat dia menang.

nrulsabrina_ – alololo congrats Alisa si tadaaa!

ainaa.wanyy – Tahniah syayanggg… Soooo cuteeee Alisa.

Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah diijabkabul pada 5 Jun 2015 dan kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 3, dan Alisa Aisyah berusia 1 tahun 7 bulan.

Iklan