[VIDEO]Haqiem Rusli sentiasa minta sejadah, patutlah berjaya

[VIDEO]Haqiem Rusli sentiasa minta sejadah, patutlah berjaya
[VIDEO]Haqiem Rusli sentiasa minta sejadah, patutlah berjaya
A
A
A

"SETIAP kali datang rumah memang tak pernah miss minta sejadah nak solat."

Begitulah perkongsian pengguna TikTok bernama Jay Jusin 1 apabila memuat naik sebuah video menunjukkan seorang lelaki sedang menunaikan solat.

Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah rakan baiknya iaitu penyanyi, penulis lirik dan pelakon, Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli.

Katanya juga, dia tersentuh hati melihat Haqiem yang sentiasa solat.

"Kekadang tengok kawan solat, tersentuh hati. Harap satu hari nanti dapat solat penuh macam Haqiem.

"Bangga dengan kamu, sahabat!" tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji dan mengakui salah satu punca kejayaan Haqiem adalah ketaatannya kepada Allah.

AQEL86 - Terima kasih kerana reminder, inspiring. Kita sibuk sikit pun solat ada tinggal. Semoga dikuatkan iman ini ya Allah.

Mohamad Shagir - Alhamdulillah semoga kita semua mendapat manfaat. Semoga Allah permudahkan segalanya.

__sweetheart2 - Memang patut bangga sebab jarang orang muda yang dah capai macam-macam tapi masih ingat tanggungjawab dia untuk solat.

scarywitch85 - Dari dulu lagi ramai yang mentioned Haqiem ni rajin solat, Alhamdulillah.

Che Mira - Yes pernah join 1 program yang ada Haqiem. Masa itu pergi tengok belakang pentas. Orang lain tengah kalut kat depan dia tengah solat kat belakang.

Artikel berkaitan: ABP33, Haqiem Rusli Bintang Paling Popular

Haqiem yang baru-baru ini melakar sejarah manis apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP) bulan lalu.

Bintang muda berusia 22 tahun juga merupakan seorang komposer itu meraih jumlah undian tertinggi sebanyak 22,332,676 sekali gus mengetepikan beberapa calon lain yang turut menjadi sebutan untuk kategori utama itu.

Kemenangan itu juga menyaksikan Haqiem membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan Leaf beserta trofi.

Moga korang di luar sana turut istiqamah dalam mengamalkan perintah Allah.

@jayjusin1such a pure heart ❤️ HAQIEM RUSLI @haqiem_1998 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

♬ original sound - Jay Jusin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca