EKORAN raya kita kali ini sama seperti tahun lalu kerana negara masih dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, ramai menzahirkan perasaan sebak.

Mana tidaknya, setelah kenyataan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan pihaknya hanya akan meluluskan pergerakan rentas negeri pada Isnin hingga Khamis sahaja dengan enam alasan yang dipertimbangkan.

Alasan itu melibatkan membabitkan tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian ahli keluarga terdekat, perubatan, pendidikan serta menemui pasangan jarak jauh (PJJ).

Turut terkesan dengan itu, pelakon veteran terkenal, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz.

Menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter Faris Hafifi, @faris_PP itu membuatkan ramai bertakung air mata apabila pelakon serba boleh itu kongsi kesedihan tidak dapat berjumpa anak-anak pada raya tahun ini.

Beliau menasihati supaya orang ramai tabahkan hati tidak beraya di kampung halaman bersama ibu bapa tercinta.

“Sama-sama kita kuatkan hati, tabahkan hati kita sebab kita semua tak dapat balik raya kan. Korang jangan nangis, ibu nangis tak apa.

“Jangan nangis, jangan nangis… ibu nangis tak apa. Kita kuatkan hati,” ujarnya dalam tangisan.

Baca juga Berterusan hingga lepas Aidilfitri! Rentas negeri hujung minggu hanya untuk kecemasan, kematian dan PJJ

Lagi bertambah sedih apabila beliau turut menyatakan tidak dapat membuat panggilan video dengan anak-anaknya.

“Korang boleh buat video call tapi anak-anak ibu semua tak boleh buat itu kat ibu.

“Ini kerana talian telefon kat rumah ibu tidak berapa baik,” kongsinya sambil menahan sebak di hati.

[VIDEO]"Tabahkan hati, semua tak dapat balik raya. Jangan nangis, ibu nangis tak apa"

Iklan

Rata-rata warganet merasa sebak serta menahan tangisan air mata melihat luahan hati pelakon yang berusia 67 tahun itu.

@hanafiahharun_ – Kalau wasap pun aku tak boleh tahan dengan ayat mak aku, ini kan pulak kalau mak aku siap pegang mic.

@aidilsidek – Aduhh aku pulak penat tengok asyik Wan Maimunah berlakon macam ni.

@harizdamien – Korang tak rasa ke Wan Maimunah ni berlakon dari dulu memang superb sangat-sangat real!!! Ada dia memang drama
tu tak berganjaklah kita.

@RealFizzyFrenzy – Menyesal aku buka… sahur-sahur ni plak nak menitis air mato.

@browniesboyhere – Background music buat teruk doh. Berjurai ayaq mata ceq. Sabaqla yang di perantauan ya.

Semoga kita semua terus tabah pada raya tahun ini. Terus patuhi SOP ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Iklan

Sumber daripada: Twitter