[VIDEO]Tok Ti kongsi gelagat Aafiyah nyanyi, cipta lirik sendiri buat ramai melting

Tok Ti kongsi gelagat Aafiyah nyanyi, cipta lirik sendiri buat ramai melting
Tok Ti kongsi gelagat Aafiyah nyanyi, cipta lirik sendiri buat ramai melting
A
A
A

"IBU takleh cari makan macam nih!"

Begitulah perkongsian penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tok Ti) apabila muat naik gelagat anak sulungnya, Siti Aafiyah.

Kemunculan si kecil berusia tiga tahun itu di laman Instagram penyanyi lagu Jerat Percintaan itu sering kali menjadi tumpuan ramai.

Mana tidaknya, pelbagai gelagat Aafiyah yang mampu mencuit hati sesiapa yang menontonnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Terbaru, penyanyi kesayangan ramai itu berkongsi suara Aafiyah yang dirakam ketika sedang menyanyi.

Apa yang menarik perhatian ramai dan melucukan apabila Aafiyah dilihat menyanyi dengan lirik sendiri melibatkan perkataan air.

Warga maya menyifatkan masalah air sangat sinonim dengan penduduk di Selangor.

"Bila Aafiyah sudah pandai menyanyi dan cipta lirik sendiri.

"Dengarkanlah cover 'Kalau Rasa Gembira' Aafiyah dengan tajuk baru 'Sakit Ekor, Siapa Nak Bagi Air'. Semoga terhibur," coret Siti Nurhaliza.

Menjengah ruangan komen, pengikut dan warga maya ‘cair’ dengan nyanyian Aafiyah. Rata-rata mengatakan bakat seni penyanyi kesayangan ramai itu sudah semestinya diwarisi anak kesayangan.

Ujar mereka;

"Boleh asah lagi... terbaiklah Aafiyah.. Comel sangat."

"Sempat lagi gunakan lirik lagu ting ting yang ibu tuju pada dia. Aafiyah yang cerdik."

Baca juga Fareez kini bergelar bapa, Fauzi Nawi timang cucu kedua

"Puas aunty nak fahamkan isi tersurat dan tersirat dalam lirik Aafiyah ni, tapi tak dapat... bertabahla Aafiyah, kat Selangor ni takkan selesai masalah air."

"Melting aunty dengar Afiyah punya voice... so cute and talented."

"Habislah ibunya, lepasni Aafiyah tapau habis lagu-lagu ibunya. Cukup pakej dan berbakat. Rupa ikut muka ibu cantik, comel, pandai menyanyi, pandai buat lirik dengan muzik-muziknya sekali ditapau."

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Comel Aafiyah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca