Vokal Mania - Aina Abdul buat persembahan dari rumah

Aina Abdul - SinarPlus
Aina Abdul - SinarPlus
A
A
A

PENYANYI Aina Abdul tampil membuat persembahan secara virtual dari rumah untuk program Vokal Mania minggu kelima malam tadi.

Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, yang merupakan salah seorang idol program tersebut tidak dapat hadir ke studio membuat persembahan bersama barisan rookie dan idol lain kerana sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari.

Meskipun hanya membuat persembahan secara virtual, Aina tetap menampilkan sebuah nyanyian mantap menerusi lagu Balqis pada segmen solo dan Baldu Biru untuk segmen battle bersama rookie Zareef Sein.

Biarpun kalah di tangan rookie pada minggu ini, ramai yang memuji kehebatan dan kesungguhan Aina untuk terus beraksi meskipun hanya melakukan persembahan di rumah.

Terdahulu Aina menjalani kuarantin kendiri di rumah bermula Isnin, selepas salah seorang peserta Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) episod pertama, pada Jumaat lalu iaitu Alif Satar, disahkan positif Covid-19.

Aina sepatutnya bertanding menerusi lagu Semalam pada SFMM35 episod ketiga pada Ahad, namun ia terpaksa ditangguhkan susulan kejadian tersebut.

Difahamkan program Vokal Mania pada minggu ini berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat sebagai langkah berjaga-jaga dan demi keselamatan semua pihak yang terlibat.

Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz itu bersiaran setiap Sabtu, jam 9 malam di TV3. Bagaimanapun pada minggu ini, Uyaina Arshad menggantikan Azira yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

 

(FOTO: Instagram Aina Abdul)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca