Wajah dan penampilan dipersenda, ini kata Kavita dan Norlia

Wajah dan penampilan dipersenda, ini kata Kavita dan Norlia
Wajah dan penampilan dipersenda, ini kata Kavita dan Norlia
A
A
A

SEMALAM panas di laman sosial Twitter apabila tiba-tiba nama Norlia Ghani menjadi trending gara-gara seorang individu dikatakan menyindir pelakon veteran.

Menerusi posting tersebut, individu berkenaan memuat naik status membandingkan kejelitaan aktres dan model, Kavita Kaur Sidhu yang berusia 49 tahun dengan wanita berusia 30 tahun dipersenda memiliki penampilan seperti Norlia Ghani.

Namun begitu, pelakon veteran itu tidak mudah melatah.

Katanya dalam slot Geng Pagi Hot FM, Norlia yang lebih mesra dipanggil mama itu akui dirinya bukan seorang yang aktif di media sosial.

"Alah, itu agaknya dia nak bergurau aje, cuma dia jolok tu salah tempat, salah sarang tebuan.

"Mama tak kecik hati lah. Benda-benda macam tu tak payah la layan," ujarnya.

Sementara itu, menurut portal tempatan, beliau tidak menyangka sehingga menjadi trending.

"Cucu mama tunjukkan paparan skrin dan akaun Twitter menyebut nama mama yang trending hari ini.

"Tidak sangka, selama ini hanya artis muda dan popular yang tular di laman sosial.

"Mama tidak ambil ambil ‘pot’ (serius). Banyak lagi perkara lain yang perlu kita kita fikirkan ketika berdepan pandemik Covid-19," katanya.

Baca juga “Nasib tingkap cermin tu dah child lock! Tingkat 20 anak oi!” – Anak Nourul Wahab Depp alami tidur berjalan

Manakala, bagi Kavita pula, beliau memohon orang ramai supaya tidak merendahkan orang lain.

Menerusi postingnya di laman Intagram, beliau sangat kecewa dengan tweet berkenaan.

"Kita kena sentiasa saling bersikap baik. Saya rasa sangat kecewa apabila saya membaca tweet yang kini viral mengenai Puan Norlia Ghani dan saya.

"Tolong berhenti merendahkan sesiapa. Hormatilah beliau sebagai senior, bintang filem veteran dan sebagai ibu. Berhenti ulang kicau menghina wanita lain.

"Bagaimana perasaan jika netizen mengatakan perkara yang menyakitkan hati terhadap ibu, ibu saudara, rakan korang?

"Harap berhati-hati dengan apa jua yang kita katakan. Puan Norlia Ghani adalah ibu rakan saya," tulisnya.

Walaupun posting tersebut telah dipadam pemiliknya, rata-rata warganet kesal dengan kejadian berkenaan yang seolah tidak menghormati Norlia sebagai bintang veteran yang telah memberi banyak sumbangan kepada industri seni.

Jadi, hiasilah kehidupan kita di dunia dengan melakukan perkara yang memberi manfaat kepada semua orang termasuk diri sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kavita Sidhu (@kavita_sidhu)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca