TANGAN yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Begitulah yang boleh dikatakan apabila usahawan, Wak Doyok sempat membuat amal dengan memberi sushi percuma kepada warga pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Beliau yang juga pelakon dan ikon fesyen meluahkan rasa syukur selepas berkesempatan untuk berkongsi rezeki bersama pesakit serta para petugas kesihatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di MAEPS.

Jelas Wak Doyok yang juga merupakan pengusaha jenama SHUSHIWAK, dia bersama para ejennya telah menyediakan sebanyak 20,000 pek sushi untuk disumbangkan.

“Alhamdulillah syukur team SUSHIWAK dapat berkongsi rezeki dengan pejuang Covid-19 di MAEPS Serdang hari ini (semalam).

“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, ejen SUSHIWAK yang telah bertungkus lumus menyiapkan SUSHIWAK sebanyak 20,000 biji,” tulisnya di Facebook.

Wak Doyok sumbang 20,000 pek sushi buat pesakit dan frontliner di MAEPS

Baca juga [VIDEO] Shahrulezad dedah kisah di sebalik Takdir Yang Tertulis

Sementara itu, Wak Doyok turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak pengurusan pusat kuarantin tersebut kerana telah merialisasikan hajatnya itu.

Iklan

“Tidak lupa juga pihak pengurusan dan semua petugas di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 kerana telah memberi peluang dan kerjasama untuk team SUSHIWAK beramal,” katanya lagi.

Beruntung warga pusat kuarantin di sana kan boleh merasa sushi percuma dan moga semuanya kembali sembuh.

Iklan

Moga kita semua terus amalkan SOP serta boleh memutuskan rantaian Covid-19 ini secepatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)