USAHAWAN, Vivy Yusof mengakui sukar ‘melepaskan’ barangan berjenamanya. Namun beliau mengambil keputusan berbuat demikian demi Palestin.

Pengasas jenama Duck itu berkata, usaha tersebut hanya pengorbanan kecil berbanding rakyat Gaza yang melalui keperitan dan kesengsaraan untuk mempertahankan tanah air.

“Rasa serba salah saudara-saudara di Gaza sedang ‘struggle’, jadi walaupun tak boleh membantu dalam bentuk fizikal, menerusi media sosial kita berikan kesedaran (berhubung penderitaan penduduk sana dan kezaliman yang dilakukan Israel).

“Malah Duck sendiri telah menderma hampir RM3 juta untuk Gaza dan saya akan teruskan usaha bagi melindungi our brother and sister.

“Salah satunya ialah boikot barang-barang berjenama yang menyalur kepada Israel,” katanya ketika ditemu bual SinarPlus.

Baca juga:‘Anita & suami bahagia, nak jadi orang biasa.’ Noor Kumalasari enggan buat ‘comeback’, terharu terima anugerah Legend Award

Pemilik nama sebenar, Vivy Sofinas Yusof, 36 mengakui kini tidak lagi menggunakan barangan jenama kesukaannya malahan mengelak untuk membeli.

“Tak pakai dah pun kerana tak selesa jadi memang saya akan lepaskan.

“Susah nak ‘let go’ barang yang kita sayang tetapi nanti apa yang kita akan menjawab kepada Pencipta apa yang kita dah buat untuk bantu Palestin,” katanya.

Baca juga:Serlahkan nama masing-masing dengan koleksi Alphabet dUCk serba eksklusif

Ujar beliau, tragedi yang berlaku kepada penduduk tebing barat itu sekali gus menyedarkan dirinya bahawa barangan ‘collection’ itu tidak membawa makna apapun melainkan hanya kemegahan jenamanya.

Iklan

“Kenapa kita nak sangat guna barang berkenaan. Mereka dah terapkan dalam minda bahawa barang mereka ini bagus.

“Jadi fikirkanlah apa yang dilalui penduduk palestin sekarang, takut, lapar dan sejuk. Lakukan (boikot),” katanya.

Media melaporkan, Israel telah menggempur Semenanjung Gaza sejak serangan Hamas pada Oktober tahun lalu dan membunuh sekurang-kurangnya 28,775 rakyat Palestin serta mencederakan 68,552 yang lain.

Iklan
@sinarplus ‘Kumpul barang jenama sebagai ‘reward’ tapi kini tidak lagi malah banyak lagi local produk setanding mereka.’ – Vivy Yusof #vivyyusof #boikot #solidariti #palestine #sinarplus ♬ original sound – SinarPlus

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!