SETELAH seminggu pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah, 29, selamat melahirkan cahaya mata lelaki, kini pasangan sama cantik sama padan itu mendedahkan wajah putera sulungnya.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman menerusi perkongsian di Intagram miliknya turut berkongsi nama permata hatinya iaitu Wan Khair Amir.

Jelas pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 itu, Khair bermakna baik dan elok sementara Amir pula memberi maksud orang yang memegang perintah dan pemimpin.

“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami, Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

“@wankhairamir Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).

“Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” coretnya.

Wan Khair Amir jadi pilihan, Mira Filzah dan suami kongsi nama, wajah bayi sulung

Baca juga Sharifah Sofia ubati rindu peminat, Scammer 2 beri cabaran baharu dalam lakonan

Dalam perkongsian yang sama, Mira turut memaklumkan majlis tahnik juga telah disempurnakan.

Iklan

“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz @ddaniyaldbiyajid kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.

“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.

“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh, dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air, aamin YRA,” tulisnya lanjut.

Iklan

Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI