SELEBRITI popular dari negara seberang, Krisdayanti mendedahkan menerima gaji sebanyak 75 juta rupiah (RM21,836) sebulan selepas berkhidmat sebagai ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia.

Lapor laman berita Suara.com, menurut penyanyi popular itu, pendapatan tersebut diterima sebanyak dua kali sebulan iaitu pada setiap 1 dan 5 hari bulan.

Katanya, beliau menerima gaji sebanyak 16 juta rupiah (RM4,658) pada 1 hari bulan manakala bayaran kedua sebanyak 59 juta rupiah (RM17,177) lagi akan dibayar setiap 5 hari bulan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ujarnya yang juga teman baik pada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu bagaimanapun pendapatannya mempunyai banyak potongan.

Wow gaji Krisdayanti cecah RM21,836 sebulan, khidmat untuk masyarakat

“Maaf, saya perlu melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Saya tidak akan senang hati jika tidak melakukannya dengan baik,” ujarnya dalam satu program bual bicara di YouTube.

Tutur Krisdayanti lanjut, jumlah pendapatannya juga dikira sebagai sederhana kerana bagi ahli seorang Parlimen, beliau perlu menyampaikan pelbagai bantuan kepada penduduk.

Baca juga Kristen Stewart berjumpa dengan ‘roh’ Puteri Diana

Iklan

“Kehadiran kami sangat diperlukan oleh masyarakat. Barangan keperluan harian perlu disumbangkan dengan kuantiti yang banyak,” jelasnya.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu dilantik sebagai anggota DPR bagi penggal 2019-2024 yang mewakili bahagian Jawa Timur V.

Iklan

Sumber: Agensi

Foto: Instagram Krisdayanti