Wow! Mampu sarung kebaya 30 tahun lepas, impian raya Aishah tercapai kali ini
Wow! Mampu sarung kebaya 30 tahun lepas, impian raya Aishah tercapai kali ini
SEMUA orang layak mempunyai impian dan berhak mengejar impiannya sendiri.
Apa yang penting, kita sanggup berusaha dan menyusun strategi sejak awal untuk mencapai apa yang diimpikan.
Seperti juga penyanyi Datuk Aishah yang berkongsi impiannya untuk memakai kebaya pada hari raya Aidilfitri tahun ini tercapai.
Apa yang mencuri perhatian ramai apabila kebaya yang ditunjuk itu adalah busana persalinannya di majlis resepsi perkahwinannya pada 1993 lalu.
Perkongsian di laman Instagramnya itu menjadi tumpuan warga maya, Aishah memuat naik sebuah foto yang memaparkan dirinya menggayakan busana kebaya serba gelap.
"Semalam I berkemas-kemas terjumpa sepasang baju lama. Seriously baju ni sebahagian dari wardrobe perkahwinan I pada tahun 1993.
Baca juga Aishah bakal terima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan, bawa gelaran Datuk
"Baju full lace berusia 30 tahun yang seingat I dipakai di reception di Singapura. My Goodness I actually fitted the baju," kongsi Aishah teruja.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Pulanglah ini juga memaklumkan dia turut mengalami penyusutan berat badan gara-gara jangkitan denggi.
"Impian untuk memakai kebaya untuk raya tahun ini tercapai (insya-ALLAH). Sebahagian dari taktik I dalam my weight loss journey.
Baca juga ‘Sakitnya masih terasa…’ – Aishah jelaskan status bagi elak fitnah
"Selepas kena denggi haritu berat turun ke 58kg kemudian dia naik sikit ke 60kg semula. Selepas berpuasa 20 hari dia turun ke 57kg," katanya.
Untuk info, Aishah pernah menjalani pembedahan pintasan usus atau bariatrik sekitar 2018.
INFO
1. Pembedahan bariatrik antara kaedah selamat, cepat dan mudah untuk menurunkan berat badan.
2. Lazimnya alternatif ini disarankan kepada individu obes yang gagal kurus biarpun telah mengamalkan diet seimbang dan bersenam atau sel-sel lemak terlalu degil.
3. Pun begitu, kira-kira 90 peratus calon dibenarkan menjalani prosedur bariatrik terdiri daripada mereka yang mempunyai (BMI) lebih 32kg/m selain berdepan dengan masalah komorbiditi seperti diabetes, darah tinggi dan komplikasi jantung.
Baca juga Penampilan DJ Lin bertudung buat ramai teruja, doa agar istiqamah
4. Bariatrik merupakan pembedahan mengecilkan saiz perut bagi membantu seseorang mengawal selera makan sekali gus menggalakkan seseorang berasa cepat kenyang.
5. Prosedur tersebut terbahagi kepada tiga kategori iaitu gastrektomi lengan (Sleeve Gastrectomy), pintasan gastrik (Gastric Bypass) dan band gastrik boleh laras (Adjustable Gastric Band). Setiap jenis pembedahan itu mempunyai fungsi tersendiri.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang