[VIDEO]"Kali ini, keadaannya sangat teruk" - Aishah sekali lagi positif Covid-19

[VIDEO]"Kali ini, keadaannya sangat teruk" - Aishah sekali lagi positif Covid-19
[VIDEO]"Kali ini, keadaannya sangat teruk" - Aishah sekali lagi positif Covid-19
A
A
A

"INI adalah betul-betul ketentuan takdir." Begitu ungkapan penyanyi tersohor, Datuk Aishah yang disahkan dijangkiti wabak Covid-19 buat kali kedua.

Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, penyanyi yang cukup hits dengan lagu Janji Manismu itu menyifatkan apa yang dilalui sebagai ketentuan takdir.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

"Assalamualaikum semua. Ini adalah betul-betul ketentuan takdir. Hari itu, selepas menerima suntikan dos penggalak, saya diminta Presiden Aishah FC, Dr Nazlin buat ujian saringan untuk hari pertama dan ketiga.

"Untuk hari pertama, okey tak ada apa. Namun, selepas membuat ujian menggunakan kit ujian kendiri, saya positif Covid-19 untuk kali kedua," ujarnya.

Baca juga ‘Sakitnya masih terasa…’ – Aishah jelaskan status bagi elak fitnah

Tambah Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, rasa sakit kali ini sangat teruk.

"Saya juga buat ujian sekali lagi dan keputusannya tetap sama (sambil menunjukkan alat ujian bertanda dua garisan merah).

"Patutlah rasa hari pertama sakit sangat dan betul-betul tidak larat. Simptom yang saya alami ini sama seperti simptom klasik Covid-19 yang pernah saya baca.

"Masa saya mula-mula kena, tidak ada batuk atau hidung berair, cuma demam. Tetapi kali ini, keadaannya sangat teruk," ujarnya.

Baca juga ‘Pagi yang indah..’ - 12 hari dirawat akibat Covid-19, Aishah luah rasa syukur diberi peluang kedua

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut meminta kepada semua pihak yang pernah bersua atau bekerja dengannya sebelum ini agar menjalani ujian saringan.

"Kepada semua kru produksi yang terbabit dalam penggambaran muzik video Ketentuan Takdir dapat membuat pemeriksaan kerana menjadi kontak rapat saya, doakan saya ya!" ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rakan artis dan pengikut turut mendoakan agar Aishah kuat dan tabah serta segera sembuh.

Terdahulu, Aishah dilaporkan positif Covid-19 dikejarkan ke Hospital Ampang pada 30 Ogos berikutan paras oksigen merosot.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca