Zara Zya buat trend marhaban di TikTok curi perhatian ramai, ‘sportingnya ibu & anak’

TIDAK ketinggalan mengikut trend marhaban di TikTok, gelagat pelakon Zara Zya bikin pengikutnya tidak kering gusi.

Dalam video bersama ibunya yang dikongsi, Zara melakonkan situasi seorang anak yang berborak ketika sesi marhaban dijalankan.

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila kelakuannya itu dicubit oleh ibunya.

Ramai yang tampil berkongsi berasa geli hati kerana masing-masing juga pernah melalui kejadian sebegitu ketika zaman kanak-kanak.

Malah, ada juga yang menyatakan wajah ibu Zara persis pelakon veteran, Norlia Ghani apabila memakai telekung.

Baca juga Zara Zya mahu kaum Hawa kental dan ‘kena mahal’. Pelakon jelita ini juga sedia bertukar status

 

Terhibur dengan gelagat dua beranak itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya, ujar mereka;

“Mak aku ginilah, selalu ikut dia pergi Yasin, pastu berbual dia cubit begitulah.”

“Cubit tu yang tak boleh lupa dan dirindui selalu Al-Fatihah untuk mak.”

“Sportingnya mak dan anak. Dah kena cubit nak kena hanger pula tu. Haha.”

“Real sangat ni, memang buat macam ni pun kat anak-anak kalau kat majlis marhaban.”

“Mak yang cubit pegang hanger mak yang hilang muka surat…”

Baca juga Usaha murni Zara Zya bantu front liners

Iklan

Sementara itu, menurut Public Health Malaysia, menyertai kumpulan marhaban bagi golongan seusia sangat bermanfaat terutamanya warga emas antaranya;

1. Apabila berkumpul, ia dapat mengurangkan rasa keseorangan, kemurungan dan anxiety yang sering berlaku pada warga tua.

2. Saling berbual, berkongsi pendapat dan pengalaman dapat membantu untuk kesihatan mental yang baik.

3. Geng marhaban boleh menjadi kumpulan sokongan dan mengukuhkan fungsi jaringan sosial.

4. Aktiviti ini dapat meransang fungsi kognitif dan mencegah alzheimer (nyanyuk).

Iklan

Anda sudah sertai geng marhaban?

Sumber: TikTok, Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!