Ziana Zain lega, selamat jalani rawatan gastrik

Untitled design (49)
Untitled design (49)
A
A
A

PENYANYI terkenal Ziana Zain berkongsi perkembangan terkini dirinya yang kini selamat menjalani rawatan penyakit gastrik bersama doktor pakar, Dr. Mustafa Mohammad Taher.

Ziana, 54, berkata, rawatan tersebut dilakukan berikutan sering mengalami masalah angin yang berpunca daripada saluran hati yang sudah longgar.

“Syukur alhamdullilah saya dah selamat menjalani rawatan untuk gastrik. Dr. Mustafa menjelaskan angin yang selalu menyerang saya rupanya berpunca daripada saluran ulu hati yang dah longgar. Jadi cecair gastrik senang masuk ke saluran itu,” katanya.

Perkongsian tersebut dilakukan penyanyi Syurga Di Hati Kita itu menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik video mengenai proses yang dilalui dalam rawatan itu.

“Alhamdulillah berkat daripada kepakaran Dr. Mustafa, saya dapatlah menjalani kehidupan seperti biasa. Insya-ALLAH bebas daripada gastik dan tekanan darah tinggi saya kembali normal.

“Mungkin ramai yang berfikiran bahawa rawatan Bariatric ini hanya untuk penurunan berat badan. Sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolestrol dan diabetic juga.

“Rupa-rupanya banyak penyakit yang berpunca daripada permasaalahan perut. Bagi saya, apa yang penting kita kena cegah sebelum parah,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca