Makan tengah hari atas awan, keunikan restoran berputar tertinggi dalam negara kini ada tarikan baharu

No Image Caption
A
A
A

KEISTIMEWAAN restoran berputar tertinggi di Malaysia, ARAS Restaurant Menara Kuala Lumpur memang tidak disangkal lagi. Apatah lagi, ia menjadi mercu tanda ikonik dan tarikan pelancong saban tahun.

Bukan sahaja dapat menikmati kulinari mewah di atas awan setinggi 282 meter untuk minum petang dan makan malam, para pengunjung dapat menghayati panorama indah ibu kota dengan paparan 360 darjah.

Terbaharu, restoran yang beralamat di No 2, Jalan Punchak Off, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur itu kini mempelawa orang ramai untuk merasai pengalaman makan tengah hari dengan lebih 70 masakan lokal dan antarabangsa.

No Image Caption

Berkongsi khabar gembira tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif, Nazli Saad berkata, para pengunjung dapat merasai pengalaman eksklusif sambil mencuba kepelbagaian juadah enak yang disajikan cef berpengalaman.

“Bagi saya, para pengunjung tidak dapat merasai pengalaman seperti ini di mana-mana restoran lain kerana Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh di dunia.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Ia juga dilengkapi pelbagai tarikan lain seperti Sky Deck, Sky Box, Observation Deck, Tower Walk 100 dan dewan bankuet TEMU,” katanya.

Bagi menambah keterujaan ramai, Nazli mengajak semua untuk merebut promosi hebat sempena kempen Merdeka Madness 2024 bermula 1 Ogos hingga 16 September nanti.

No Image Caption

“Sejak pembukaan ARAS Restaurant, jumlah kedatangan pelanggan cukup memberangsangkan apabila mencatat lebih 40,000 orang sejak hujung Januari lalu.

“Justeru, promosi percuma untuk lawatan ke Sky Deck dan Observation Deck sempena bulan kemerdekaan ini dapat meningkatkan lagi jumlah pengunjung,” ujarnya.

No Image Caption

Sementara itu, Chef de Cuisine Menara Kuala Lumpur, Cef Yasir Omar menawarkan menu signatur seperti serawa pulut durian dengan isi padu Musang King.

“Untuk penyediaan serawa sahaja, kami menggunakan sekurang-kurangnya 2 kilogram isi durian segar yang dibekalkan dari Raub, Pahang setiap hari.

No Image Caption

“Selain itu, jangan lupa untuk cuba Seafood on Ice buat peminat makanan laut kerana kami menawarkan udang, ketam, kupang dan kekapis dan banyak lagi,” katanya yang juga menyajikan menu berbeza setiap hari.

Rugi rasanya jika tidak mencuba minuman istimewa dengan resipi tersendiri, Ultimate 282 yang diolah dengan campuran pati menyegarkan. Antaranya buah oren, limau kasturi dan markisa.

No Image Caption

Lebih menggiurkan, jus unik tersebut turut dipersembahkan dengan calitan nipis garam pada bibir gelas bagi melonjakkan lagi kelainan rasa.

Bak kata Cef Yasir, sekali cuba, pasti kalian mahu lagi!

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang