Nikmati sajian enak sambil bermain air sampai puas, ini keunikan Splash & Brunch sebagai hiburan si kecil

No Image Caption
A
A
A

NIKMATI masa rehat hujung minggu dengan pengalaman sarapan plus makan tengah hari (brunch) yang menyelerakan! Lagi menarik, ia lengkap dengan akses kolam renang buat si kecil.

Keunikan yang ditawarkan Sunset Terrace Sunway Resort Hotel sempena Splash & Brunch tersebut nampaknya sukar untuk ditolak, lebih-lebih lagi anak-anak boleh bermain air sampai puas.

Jika anda sekeluarga sudah bersedia untuk merasai pengembaraan weekend yang menakjubkan, jangan lepaskan peluang untuk grab tawaran terbaharu hotel mewah tersebut.

No Image Caption

Jenama itu dalam satu kenyataan memberitahu, pakej menarik dan berbaloi tersebut dicipta khas untuk memeriahkan rancangan hujung minggu bersama tersayang.

Lebih menarik, hidangan bufet yang menampilkan seleksi hidangan brunch antarabangsa menjadi menu mengiurkan untuk sarapan pagi dan tengah hari tersebut.

No Image Caption

Antara kulinari enak yang menarik perhatian ramai seperti salmon and egg quesadilla, chicken and egg tacos, sausage gravy lasagna dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

Bagi mereka yang sukakan masakan brunch klasik, apa kata cuba shahshuka signatur, ayam dan wafel, selain hidangan berinspirasikan Amerika Latin seperti Roast Whole Lamb on the Spit, Salmon En Croute, Seafood Paella dan aneka churrasco.

No Image Caption

Tidak lupa buat si comel, hamparan mini-me di ruang Kids Dining pasti membuatkan mereka teruja untuk mengisi perut selepas penat bermain-manda.

Tak cukup dengan itu, anak-anak juga boleh singgah ke Stesen Lukisan Muka untuk memilih face arts yang comel sebagai kenangan.

Hari si kecil pasti menyeronokkan dengan kehadiran badut sebagai seniman belon dengan belon pelbagai bentuk.

Usah risau hal si kecil kerana ibu bapa boleh memantau sambil merehatkan diri di tepi kolam dan menikmati makanan yang terhidang depan mata. Pada masa sama, anda akan ditemani alunan muzik saksofon.

Jika ada bajet lebih, bolehlah bawa anak-anak untuk ke Kelab Kanak-Kanak Wonderland Explorers supaya masa berdua bersama insan tersayang tidak terganggu.

Paling penting, anak-anak dalam jagaan selamat dengan jarak lokasi tidak jauh dari kawasan Sunset Terrace.

No Image Caption

Jadi, anda sudah bersedia untuk merasai keunikan hujung minggu? Tawaran hanya setiap Sabtu dan Ahad itu di Aras 1 Sunway Resort Hotel bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

Harga bermula RM208+ untuk dewasa dan RM104+ (kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun) manakala untuk warga emas (60 tahun ke atas) serta kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari www.sunwayhotels.com/sunway-resort.

No Image Caption

Splash & Brunch

Alamat: Sunset Terrace, Aras 1 Sunway Resort Hotel, Subang Jaya, Selangor

Menu signatur: Salmon and egg quesadilla, chicken and egg tacos dan sausage gravy lasagna

Pakej harga: RM208+ untuk dewasa dan RM104+ (kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun)

Facebook: Sunway Resort Hotel

Instagram: @sunwayresortkualalumpur

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang