Resipi cucur udang rangup tak serap minyak. Ada teknik kuih kembung tanpa serbuk penaik!
NAK memasak ni nampak je senang, tetapi kalau tak kena dengan caranya tak menjadi juga. Misalnya menu minum petang seperti cucur udang ni. Kalau tak kena gaya, ada yang serap minyak atau hasilnya akan jadi keras. Bak kata orang, baling di dinding pun boleh retak!
Siapa yang sebelum ini frust asyik tak menjadi sahaja adunan cucur udangnya, apa kata jom sama-sama cuba resipi yang dikongsikan oleh rakan kita Tyra Manan yang garing, rangup dan anti serap minyak! Nak tahu kenapa tak serap? Kena tengok resipi penuh baru tahu tekniknya.
Bukan sahaja adunan cucur, resipi untuk sos pun ada sekali, tau. Lepas ni tak perlu dah nak beli cucur udang tepi jalan. Buat sendiri lagi sedap, anak-anak pun suka dan paling penting dijamin bersih.
CUCUR UDANG TAK SERAP MINYAK
Bahan-bahannya:-
- 1/2kg tepung gandum
- 2 tbsp tepung beras
- 1 labu bawang besar (potong dadu)
- 2 biji telur
- 1 cawan taugeh
- Kucai
- Udang kertas (kopek kulit)
- Udang biasa (untuk hiasan atas)
- 3 cawan air
- Secukup rasa garam
Cara-caranya:-
Campurkan je semua bahan lepas itu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap dan jadi keras.
*Ini lah rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau.
Cara nak goreng:-
1.Panaskan dua kuali. Satu untuk menggoreng, satu lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
2.Bila senduk dah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang di atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
3.Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap!
Bahan sos:-
-Cili masak
-Bawang putih
-Gula
-Garam
-Cuka
-Sos cili
-Tepung jagung - bancuh dengan air
Cara-caranya:-
1.Rebus cili dan bawang putih, kisarkan sehingga hancur.
2.Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam dan cuka.
3.Tambah dua hingga tiga sudu sos cili untuk nampak warna cantik.
4.Akhir sekali, masukkan air tepung jagung.
Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang