Jelajah 13 rasa negeri – Bufet ‘Flavours of Malaysia’ di Mercure Living Putrajaya memang lain macam!
SEMPENA Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelma tidak lama lagi, apa kata kita raikan dengan cara paling enak iaitu makan besar.
Mercure Living Putrajaya membawakan hidangan cukup istimewa menerusi bufet “Flavours of Malaysia”, eksklusif di Volcano Shabu Shabu & Grill, Menara Shaftsbury, Putrajaya.

Bermula 1 Ogos hingga 30 September 2025, setiap hujung minggu bakal dihidangkan dengan cita rasa dari 13 negeri, dari Asam Pedas Tetel Melaka hingga ke Nasi Goreng Dabai Sarawak. Mesti cuba Sup Gear Box Johor yang pekat berempah, dan Mee Kari Putih Pulau Pinang yang cukup menyengat.
Volcano Shabu Shabu & Grill menggabungkan konsep steamboat & grill tanpa had bersama enam pilihan kuah menarik, seafood segar, daging premium dan perapan tempatan.

Sambil menikmati suasana nyaman di Putrajaya, anda boleh ‘grill & chill’ dengan gaya tersendiri.
Jangan lupa singgah di gerai-gerai panas setiap minggu, sebab menu sentiasa berubah, rasa pun sentiasa teruja.
Ada juga teppanyaki live, pencuci mulut klasik macam sagu gula Melaka, dan buah-buahan tempatan sebagai penutup rasa.

Bak kata Pengurus Komunikasi Mercure, Mell Halmy, ini bukan sekadar makan, tapi satu perjalanan rasa dan budaya.
Jika anda cari port makan best untuk raikan Malaysia dengan gaya tersendiri, inilah tempatnya!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

