Kambing panggang yang disumbat dengan nasi biryani, menu utama berbuka puasa yang membuatkan anda duduk tersandar kekenyangan

BEBERAPA hari sahaja lagi Ramadan bakal menjelma. Pasti ramai yang sudah mula 'mengintai' tempat untuk berbuka puasa.
Kadang-kadang mahu merasa juga untuk berbuka bersama keluarga mahu pun rakan-rakan di tempat yang menyeronokkan.
Jangan lupa masukkan Hotel Eastin Kuala Lumpur dalam senarai anda. Kenapa? Hotel ini dengan sukacitanya mempersembahkan semula Icip Icip Kampungku Buffet Dinner 2025 yang sangat dinanti-nantikan oleh peminatnya tersendiri.
Ia menawarkan hidangan mewah yang penuh dengan kelazatan autentik Malaysia pada bulan penuh barakah ini. Tahun ini, pengalaman berbuka puasa dihiasi dengan pesona budaya, memperingati keanggunan warisan batik ikonik Malaysia melalui hiasan yang memukau dan suasana yang meriah.

Memeriahkan suasana, setiap suapan anda nanti akan diiringi dengan alunan muzik tradisional dan moden secara langsung sepanjang bulan Ramadan ini. Ia sekali gus memberikan ketenangan dan kenikmatan untuk berbuka puasa bersama insan tersayang.
Disebabkan tampil dengan suasana yang cukup eksklusif maka tempat duduk adalah terhad. Jika anda berminat, boleh membuat tempahan awal sebelum 6 Mac 2025 dan nikmati harga istimewa serendah RM158 seorang bagi dewasa dan RM99 untuk kanak-kanak.Bukan sepuluh jenis juadah sahaja yang disediakan. Ia lebih daripada itu. Pasti anda teruja melihat barisan lauk pauk dan pencuci mulut yang berbaris menanti kunjungan tetamu.
Antara menu utama yang disediakan oleh hotel ini ialah kambing panggang yang disumbat dengan nasi biryani. Kambing segar diperap semalaman dengan rempah aromatik, kemudian dipanggang perlahan sehingga mencapai tahap kelembutan yang sempurna.
Keistimewaannya? Ia disumbat dengan nasi biryani yang wangi dan lembut, dipenuhi dengan rasa rempah. Setiap gigitan membawa anda menikmati gabungan rasa yang kaya dan memikat, menjadikannya hidangan yang tidak boleh dilepaskan.
Selain daripada itu, menu wajib yang perlu anda cuba sup gear box berempah. Hidangan sup legenda itu menampilkan sumsum tulang yang lembut direneh dalam kuah rempah, lalu dihidangkan panas-panas. Mantap!
Pelbagai juadah lain yang tidak kurang menariknya. Ada kari kepala ikan, gulai daging, kari telur ikan dan juga siput sedut masak lemak.
Rambang mata hendak memilih yang mana satu. Bayangkan daging yang lembut, makanan laut, dan sayur-sayuran yang direneh dalam kuah pedas dan berlemak. Setiap satu hidangan menawarkan kehangatan dan kekayaan rasa yang menggambarkan kemesraan dan kebersamaan dalam budaya Malaysia.
Terdapat juga pelbagai pilihan kuih tradisional, agar-agar, apam balik, sate, ketupat, lemang, ayam gepuk, buah-buahan dan juga kek yang mesti anda dapatkan apabila tiba di sini nanti.
Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran istimewa ini. Segera membuat tempahan dan rasai sendiri pengalaman bufet yang memukau dan pastinya anda tidak akan menyesal dengan pilihan ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang