Miang kham goreng memang rare, ini lima inovasi masakan autentik Thailand wajib cuba jika berlibur di Suria KLCC

No Image Caption
A
A
A

KEENAKAN dan keunikan rasa autentik masakan Thailand nampaknya sudah sebati dengan selera orang kita. Tidak hairanlah banyak premis yang menawarkan sajian Siam di kebanyakan tempat.

Jika anda mahukan resipi asli negara Gajah Putih itu yang lain daripada yang lain, bolehlah singgah ke Imperial Chakri Palace Royal Thai Cuisine yang terletak di Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Antara sajian unik yang dipersembahkan seperti Chakri Mieng Kham Scallops, Premium Crab Ball in Yellow Curry dan Tom Yum King Prawn in Coconut.

No Image Caption

Berkongsi kelainan kulinari tersebut, Cef Zayar Soe berkata, Chakri Mieng Kham Scallops antara inovasi istimewa yang dihidangkan khas buat pelanggan.

Lazimnya, daun kaduk dimakan begitu sahaja tetapi pihaknya menyajikan dalam bentuk rangup apabila daun digoreng garing terlebih dahulu.

No Image Caption

Lagi enak dimakan bersama campuran inti seperti kekapis segar bersama potongan limau, kekacang, bawang putih, cili dan ramuan kuah tersendiri dalam satu gigitan.

Artikel Berkaitan:

“Sekali rasa, anda pasti teruja dengan keenakan miang kham versi kami yang unik dan tiada di tempat lain. Selain itu, menu baharu Premium Crab Ball in Yellow Curry juga boleh memukau cita rasa.

Muzik: Special Day oleh Material Gurl (Soundstripe)

No Image Caption

“Bebola ketam yang dibuat daripada isi premium diadun bersama rempah-ratus diimport khas dari Thailand. Kari kuning berkrim memang kaw dan tidak muak dimakan,“ katanya.

No Image Caption

No Image Caption

Malah, tidak sempurna sajian negara jiran itu tanpa Tom Yum King Prawn in Coconut, Chakri Crispy Sof Shell Crab with Thai Yellow Egg Gravy dan nasi goreng nanas.

“Di sini kami menawarkan dua jenis tomyam iaitu putih dan merah (pedas). Isinya juga boleh diubah suai mengikut permintaan pengunjung.

“Paling penting, kami menggunakan udang laut bersaiz jumbo demi kepuasan pelanggan. Isinya lebih manis dan kenyal menjadikan kuah lagi menyelerakan,“ kata cef berpengalaman itu.

No Image Caption

Chakri Crispy Sof Shell Crab with Thai Yellow Egg Gravy wajib dicuba kerana kerangupan ketam berkulit lembut bersama kuah likat kuning telur memang enak dimakan begitu sahaja.

Sudah puas makan, jangan lupa menikmati pencuci mulut seperti Chakri Red Ruby Water Chestnut dan Milky Thai Ice Tea yang cukup menyegarkan.

No Image Caption

Sementara itu, pemiliknya, Kington Chua berkata, pihaknya akan menawarkan beberapa kejutan menu baharu.

“Semua olahan rasa eksklusif ini dibawakan khas dari Thailand termasuk cef yang sentiasa menghidangkan sajian dengan penuh kasih sayang,“ katanya yang memiliki dua lagi cawangan.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang