Street food viral bikin ramai tak keruan, ini 3 pilihan destinasi top list kalau bercuti di Johor

No Image Caption
A
A
A

KALAU jalan-jalan area bandaraya Johor Bahru, memang tak sah jika tak singgah makan di premis viral yang boleh dikatakan banyak di sana.

Bukan apa, menu yang ditawarkan memang lain daripada lain membuatkan kita yang duduk Lembah Klang ni rasa nak terbang jer ke sana untuk membeli.

Apam balik misalnya, bukannya bentuk biasa yang dijual. Ia dijual secara mini dengan pelbagai topping enak.

No Image Caption

Lagi marem orang kata, setiap inti yang ditaburkan memang tak kedekut.

Bukan satu tapi lebih kurang 20 jenis, antaranya jagung, pistachio, coklat, red velvet, kacang, keju, biscoff dan banyak lagi.

No Image Caption

Itulah keunikan yang ditawarkan Mork Apam Balik Keju yang beroperasi di Tapak Penjaja Jalan Serangkai 1, berhampiran U Sentral Masai, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Artikel Berkaitan:

Ramai pengguna TikTok berkongsikan pengalaman menikmati juadah baby apam balik itu dan masing-masing puas hati dengan rasa serta intinya.

#jommakan #makanmakansinarplus #nasiberlaukviral #fyp #fypage #nasiberlauktengahmalam #sinarplus #lifestylesinarharian #fypシ゚viral" />

No Image Caption

Mork Apam Balik Keju

  • Alamat: Tapak Penjaja Jalan Serangkai 1, U Sentral Masai, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam
  • Facebook: MORK APAM BALIK KEJU
  • Instagram: @morkapambalikkeju
  • TikTok: @morkapambalikkeju

Kalau nak lain sikit, bolehlah try mochi yang ditawarkan dengan pelbagai jenis perisa mengiurkan.

No Image Caption

Terdapat satu gerai di Kota Tinggi, Johor yang viral dengan 14 jenis perisa seperti coklat, strawberi, mangga, beri biru, nutella, biscoff, matcha dan durian.

Untuk mochi bites pula, ada enam jenis flavour iaitu coklat, red velvet, matcha, biscoff, mix dan tiramisu.

No Image Caption

No Image Caption

Kalau lihat deretan bekas yang disusun, memang rambang mata dibuatnya. Susah nak pilih mana satu mochi yang nak ditapaw balik.

No Image Caption

Qish Mochi

  • Alamat: Tepian Sungai Kota Tinggi, Johor (Berdekatan Pizza Hut Kota Tinggi)
  • Waktu operasi: Bermula jam 1 petang hingga habis
  • Facebook: QishMochi
  • TikTok: @qishmochi

No Image Caption

Buat peminat sajian Arab, apa kata kalian cuba kunafa cheese tarik yang popular di Kampong Dessert di Kampung Dato' Sulaiman Menteri, Johor Bahru.

Memang puas makan dek keju tarik yang melimpah, ditambah kunafa crunchy yang dimasak panas-panas.

No Image Caption

Bukan setakat Kunafa Tarik Cheese Crunchy jer dijual di Kunafa Aliff, ada banyak lagi perisa lazat seperti matcha, red velvet dan banyak lagi.

Lagi satu, jangan lepaskan peluang untuk cuba menu viral seperti croissant kunafa, croissant tarik cheese dan kunafa 3 dalam 1. Memang tak rugi!

No Image Caption

Kunafa Aliff

  • Alamat: Jalan Kuning, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru, Johor
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam
  • Instagram:@official.kampong.dessert
  • TikTok: @abangkampongdessert

Kalau ada lokasi street food lagi best, bolehlah kongsi di ruang komen kami. Okey, selamat menjamu selera!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang