Pengalaman gastronomi di hotel 5 bintang, pikat selera dengan hidangan daging terbesar sambil ditemani Santa Claus

A
A
A

HARI Natal bukan sekadar tentang pohon bercahaya atau lagu-lagu ceria. Tanggal 25 Disember juga dikenali sebagai ‘Boxing Day’.

Ia merupakan detik paling dinanti oleh semua, terutamanya si kecil! Inilah harinya hadiah-hadiah yang tersusun rapi di bawah pokok akhirnya dibuka.

Eh! Tunggu dulu. Krismas bukan hanya tentang hadiah. Ia juga waktu yang sempurna untuk menikmati pelbagai hidangan dan manisan enak yang hanya muncul setahun sekali.

Nah! Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur antara destinasi yang menyajikan sesuatu yang unik buat kalian yang merancang untuk mengembirakan ahli keluarga hujung tahun ini.

Dengan dekorasi memukau, hidangan kulinari mewah, dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, hotel tersebut menjadikan sambutan akhir tahun lebih bermakna untuk “Raikan Kegembiraan Bersama”.

No Image Caption

Ruang Atrium Lounge yang baru direnovasi kini tampil dengan pokok Krismas setinggi 12 kaki, mencipta suasana hangat untuk perayaan anda. Nikmati kek buah Krismas tradisional bersama secawan kopi panas yang membangkitkan rasa nostalgia.

Artikel Berkaitan:

Tidak ketinggalan, Santa’s Jolly Deli menyediakan pelbagai manisan musim perayaan seperti Forest Yule Log, Stollen, dan Biskut Halia untuk menggoda selera anda.

No Image Caption

Walaupun tema “Meat-ival Celebration” memberi fokus kepada sajian berasaskan daging, pengalaman makan malam ini menawarkan lebih daripada sekadar daging!

Ia adalah gabungan sempurna hidangan perayaan klasik dengan sentuhan antarabangsa yang pasti menggoda selera.

Antara menu utama yang wajib dicuba:

No Image Caption

,

No Image Caption

  • Ayam belanda panggang
  • Daging lembu panggang
  • Beef Wellington
  • Kambing Panggang
  • Spiced Turkey Masala
  • Rusuk lembu Taliwang
  • Lamb Shank Osso Buco
  • Rendang Itik Serati
  • Dan banyak lagi...

Bagi penggemar makanan tempatan, hidangan seperti Sate Madura dan Sate Daging Maranggi turut disediakan untuk memikat cita rasa anda.

No Image Caption

Tidak cukup dengan hidangan daging yang menggoda, peminat makanan laut juga akan terpesona dengan pilihan yang tersedia.

Nikmati sajian istimewa seperti Scallop & Prawn Thermidor serta Seafood on Ice Bar, yang membolehkan anda menikmati tiram, udang, dan ketam segar yang sempurna dinikmati ketika sejuk.

No Image Caption

Sebagai penambah seri, suasana perayaan dihidupkan dengan persembahan langsung kumpulan koir Krismas.

Sudah tentu, kemunculan Santa Claus bersama pembantunya antara tarikan yang tidak boleh dilepaskan. Santa hadir dengan hadiah dan senyuman untuk membawa kegembiraan kepada semua tetamu, daripada si kecil hingga dewasa.

Kemeriahan perayaan ini boleh dinikmati dengan pakej lengkap yang ditawarkan pada 24 hingga 25 Disember termasuklah pakej penginapan, makan malam dan juga sarapan pagi.

Bagi anda yang hanya mahu menikmati Bufet Makan Malam Krismas tanpa pakej penginapan, jangan risau! Hidangan istimewa ini tersedia pada 24 Disember 2024 dari jam 7 malam hingga 10 malam.

Jika terlepas peluang menikmati Bufet Makan Malam Krismas? Jangan risau, anda masih boleh merasai kemeriahan perayaan dengan menempah Bufet Hi-Tea Hari Krismas Antarabangsa pada 25 Disember dari jam 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang