Syoknya makan malam romantis atas bumbung hotel mewah! Bonus panorama bandaraya Shah Alam jadi tarikan

No Image Caption
A
A
A

BONUS panorama matahari terbenam sambil menikmati menu enak dengan suasana romantis, Sizzling Sunset BBQ Dinner antara tarikan terbaharu yang ditawarkan Mercure Kuala Lumpur (KL) Glenmarie.

Uniknya, ruang makan dengan gaya stailo dan kontemporari santai yang terletak di Urban@13 Rooftoop Bar, aras paling tinggi bangunan hotel serba mewah tersebut mengamit kedatangan pelanggan.

Berkongsi pelancaran pengalaman makan malam terbaharu itu, Pengurus Besar Mercure KL Glenmarie, Fariz Victor berkata, acara kulinari berkenaan menjanjikan malam yang tidak akan dilupakan.

No Image Caption

“Sambil menikmati hamparan makanan berkonsepkan barbeku di ruang terbuka, pengunjung juga boleh menghayati panorama indah matahari terbenam.

“Hiburan secara langsung didendangkan sebagai halwa telinga. Ruang yang luas dengan suasana bergaya cukup ideal untuk pertemuan sosial dan acara eksklusif,” katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sementara itu, Cef Eksekutif Mercure KL Glenmarie, Cef Zaharullail Ashari berkata, Urban@13 Rooftoop Bar antara restoran atas bumbung yang terkenal buat mereka yang mahukan destinasi rehat dan santai.

“Istimewanya, kami menawarkan menu barbeku dengan seleksi daging panggang, makanan laut segar dan pilihan hidangan autentik tempatan serta antarabangsa.

No Image Caption

“Sudah pastinya, setiap hidangan disediakan dengan teliti menggunakan bahan-bahan terbaik bagi memastikan perjalanan gastronomi terbaik untuk semua,” katanya.

Si kecil yang disifatkan sebagai satu rahmat buat dirinya dalam meniti kehidupan sebagai seorang ibu, pemilik nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hasan itu turut melahirkan rasa syukur dan terharu atas perancangan terbaik daripada DIA.

Untuk anda yang pertama kali datang, Cef Zaharullail mempelawa mencuba daging premium yang dibungkus secara vakum termasuk stik yang diperap dengan rempah-ratus bagi mengekalkan keaslian rasa.

No Image Caption

“Jangan lupa cuba pilihan perapan daging kambing dan ayam yang dipanggang sempurna, selain makanan laut, isi ikan, jagung dan kentang bakar.

“Salad yang kami tawarkan juga segar dari ladang dengan sos unik untuk melengkapkan lagi hidangan utama. Sudah puas makan, boleh cuba pencuci mulut dengan air pancut coklat yang menggiurkan,” sarannya.

No Image Caption

Tidak cukup dengan itu, pilihan minuman panas dan sejuk, buah-buahan, ais kacang serta cendol sebagai menu tambahan yang boleh dinikmati sampai puas sambil berborak dengan teman.

Cef berpengalaman tersebut juga mengesyorkan set Afternoon Tea Set yang ditawarkan buat mereka yang mencari minum petang, lengkap kuih-muih tradisional, potongan kek, cucur udang, samosa, croissant salmon sandwich dan chicken toasted sandwich.

No Image Caption

Malah, setiap set juga dihidangkan dengan sajian berasaskan mi, bergantung kepada menu istimewa pada hari tersebut.

Ikan Siakap Purbakala pula antara masakan signatur makan malam di Warna All Day Dining dengan kelainan 27 herba terpilih yang diperap semalaman sebelum dimasak dengan kaedah tersendiri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang