32 kakitangan Hospital Melaka positif Covid-19, namun jangan bimbang, jumlah kakitangan mencukupi

32 kakitangan Hospital Melaka positif Covid-19, namun jangan bimbang, jumlah kakitangan mencukupi
32 kakitangan Hospital Melaka positif Covid-19, namun jangan bimbang, jumlah kakitangan mencukupi
A
A
A

WABAK Covid-19 semakin terus menular di negara kita.

Sehingga semalam, kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) berjumlah 3,585 menjadikan keseluruhan 190,434 kes serta jumlah kematian telah mencecah sehingga 700 orang.

Penularan yang sangat cepat pada gelombang ketiga ini amat membimbangkan semua pihak.

Begitu juga yang terjadi di Hospital Melaka apabila 32 kakitangan disahkan positif Covid-19.

Namun, syukur hospital tersebut masih lagi mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes Covid-19.

Menurut Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman, hospital masih mempunyai kakitangan untuk menggantikan tempat kakitangan yang didapati positif itu.

Kesemua 32 kakitangan Hospital Melaka itu dikesan positif Covid-19 di bawah saringan Kluster Bukit Palah dan siasatan awal mendapati jangkitan berpunca daripada seorang pesakit dari Jempol, Negeri Sembilan yang dijangkiti wabak berkenaan dan mendapat rawatan di institusi perubatan tersebut.

Portal tempatan melaporkan, sehingga 12 tengah hari kelmarin, sebanyak 168 individu yang merupakan kontak rapat yang dijangkiti telah disaring dengan 55 daripadanya masih belum mendapat keputusan.

Baca juga Capai hasrat bertemu rakan setugas, anggota polis hidap kanser rahang meninggal dunia

Kini Melaka mempunyai 15 kluster dan jumlah positif Covid-19 di negeri itu sehingga semalam ialah sebanyak 3,078 kes dengan 1,299 kes aktif dan lapan kematian direkodkan.

Sementara itu, dua pelajar Tingkatan Lima masing-masing daripada sekolah asrama di Bukit Piatu dan sekolah berasrama penuh di Jasin didapati positif Covid-19.

Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan dan amalkan kawalan kendiri bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca