SETIAP orang pasti memiliki impian masing-masing bukan? Ada yang menginginkan beg tangan berjenama, rumah banglo, kereta mewah dan sebagainya. Pendek kata semua orang berhak menanam impian untuk memiliki sesuatu barangan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, personaliti media sosial, Aisyah Hijanah berkongsi satu berita gembira. Dia yang mengenakan busana serba hitam kelihatan ‘sedondon’ dengan kereta mewah yang baru dimilikinya.

Baca juga: Aisyah Hijanah usahawan, pendakwah dan influencer muda penuh wawasan. Ini rahsia kejayaannya

Saat bergambar bersama kereta mewah idamannya iaitu Porsche Carrera 911 4S Cabriolet, terpancar kebahagiaan pada wajahnya. Aisyah meluahkan kesyukuran apabila impian sejak kecil untuk memiliki kenderaan jenama Porsche akhirnya tercapai.

 

Usahawan dan selebriti media sosial itu menyatakan sudah lama beliau memasang impian untuk memiliki kereta mewah tersebut. Dia juga mengakui sentiasa berdoa agar dapat memiliki kereta idamannya itu pada suatu hari nanti.

“Alhamdulillah al kulli hal, haza min fadhli Rabbi. Dari kecil suka tengok kereta ini. Selalu doa. Semoga suatu hari nanti Aisyah ada kereta ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pada masa sama juga, Aisyah turut berasa bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan kepada beliau dan suaminya, Aliff Teega.

“Alhamdulillah, semoga segala nikmat hanya menjadikan Aisyah dan Aliff sentiasa merendah diri, lebih bersyukur dan tidak lupa diri. Terima kasih juga kepada semua yang sentiasa berada dalam perjalanan karier saya dari dulu sehinggalah ke hari ini,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai warga maya. Rata-rata warga maya turut berbangga dan bersyukur dengan pencapaian Aisyah sehingga sampai ke tahap ini.

Berikut antara komen-komen warga maya.

– “Contoh manusia yang mengejar akhirat, seisi dunia berhimpun kepadanya. Alhamdulillah, rezeki Tuhan sentiasa melimpah ruah kepadamu.”

– “Alhamdulillah. Tahniah Aisyah.”

– “Masya-ALLAH, tahniah Aisyah. Suka sangat tengok kejayaan Aisyah dan keluarga sekarang.”

– “Suka sangat tengok Aisyah dan Alif. Selalu memberikan inspirasi. Semoga satu hari nanti saya pun dapat beli kereta macam ini.”

Iklan

– “Bangga dengan awak. Wanita hebat.”

Suami Aisyah, Mohd Hazalif Mohd Hazani atau lebih dikenali Aliff Teega juga turut berkongsi kegembiraan dan pencapaian isteri kesayangannya itu di laman Instagram.

Baca juga: Cabaran 12 jam : Inteam harap dapat kumpul dana RM1 juta

“Tahniah Aisyah. Alhamdulillah haza min fadhli Rabbi. Sudah lama dia minat kereta ini,” tulisnya.

Tahniah diucapkan kepada Aisyah kerana berjaya memiliki kereta idaman. Satu pencapaian yang amat membanggakan buat golongan muda, semoga pencapaian ini dijadikan contoh dan pembakar semangat.

Iklan

Baca juga: Dulu penyampai radio, kini Alex Hirschi menjadi pempengaruh kereta wanita terkaya di dunia

Sumber: Aisyah Hijanah, Alif Teega

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi