Abang Tesla pertama kali dedah wajah isteri muda, bawa 2 suri hati tunai umrah. 'Our my first trip together'

A
A
A

ABANG Tesla menjadi pempengaruh yang tular susulan perkahwinan poligaminya hingga mengundang perhatian ramai.

Beliau yang terdahulu popular dengan kenyataan 'isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai' berlepas untuk mengerjakan umrah.

Lebih istimewa lagi, menerusi hantaran di Instagram, influencer berkenaan pertama kali berkongsi wajah isteri keduanya di laman sosial.

"Our first trip together. Turkiye dan umrah," titipnya.

Pemilik nama Muhammad Khal Iltizam Yusry itu memuat naik sekeping foto memaparkan beliau dan kedua-dua isterinya.

Malah, ia juga merupakan kali pertama beliau mendedahkan wajah isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi, 22, sejak bernikah pada 18 Ogos lalu.

Baca juga: Dedah nikah isteri kedua dengan restu yang pertama siap video tunjuk 'jaga hati' undang amarah kaum Hawa, Abang Tesla dikecam teruk

Lelaki yang menafikan cahaya mata sebagai punca berpoligami itu difahamkan telah menerima penajaan pakej daripada agensi pelancongan untuk perjalanan tersebut.

Menerusi penstriman langsung di Instagram, Abang Tesla telah memohon maaf kepada pengikut media sosialnya dan seluruh rakyat Malaysia atas salah dan silap yang dilakukan olehnya selama ini.

“Kami bertiga pergi. Alhamdulillah, diberikan rezeki yang banyak.

“Kalau ada salah dan silap, saya minta maaf. Saya nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Doakan saya mendapat umrah yang mabrur dan elak daripada sebarang fitnah,” ujarnya.

Warga maya rata-rata memuji isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari yang tenang dan berseri-seri di samping suami dan madu serta mendoakan ketiga-tiga mereka dikurniakan umrah mabrur.

Baca juga: 'Jika lelaki faham & sedar beratnya tanggungjawab suami...' Dr Fadzilah Kamsah

 

- "Isteri pertama sangat berseri-seri wajahnya. Semoga beroleh umrah yang mabrur buat ketiga-tiga mereka."

- "1st wife muka berseri, senyuman yang ikhlas."

- "Semoga bahagia till jannah."

- "Semoga dipermudahkan urusan dan mendapat umrah yang mabrur, aamiin."

- "Semoga terus kekal begini, kedua-dua isteri dihargai dan dicintai."

Baca juga: Tak dapat anak terus poligami, Dr Say sekolahkan lelaki fikiran kolot. '60% lelaki Malaysia tidak subur'

Sumber: Instagram Abang Tesla

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca