Abang Viva terima sijil ‘Adiwira Prihatin Musibah’ dari APM buat warga maya sebak

A
A
A

DIA hanya orang awam biasa, tetapi mempunyai hati yang ikhlas membantu.

Menolak diberikan pangkat, upah dan hadiah, Azwan Omar atau dikenali sebagai Abang Viva pernah menyatakan dirinya tidak mahu dikenali ramai.

Baca juga: Angkut Bot Dari Melaka Ke Selangor Selamatkan Mangsa Banjir, Berikut 10 Info Abang Viva Viral

Sanggup mengambil cuti kecemasan dan enggan menerima segala tajaan dalam proses menyelamat mangsa banjir, lelaki kelahiran Melaka itu diberikan sijil kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam 2021 (Adiwira Musibah Banjir) dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 

Anugerah itu diberikan atas jasanya menyelamat orang awam sepanjang Monsun Timur Laut.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi APM.

ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH "ABANG VIVA"

“Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed menyampaikan 'Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya' kepada Azwan bin Omar (Abang Viva) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka.

“Sijil disampaikan semasa lawatan beliau ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada Selasa,” katanya.

Azwan menerusi akaun TikTok turut berkongsi tentang perkara itu.

“Alhamdulillah atas berkat doa emak ayah dan orang ramai semua saya telah menerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah,” titipnya.

Warga maya menyatakan rasa terharu melihat penghargaan yang diberikan kepada anak muda itu.

- “ Saya menangis, memang hati tisu bab-bab begini.”

- “Yang buat saya tabik spring, dia membantu dalam keadaan wang sakunye RM50, makan apa yang ada. Nekad dalam perjuangannya, dengan izin ALLAH.”

- “Anda memang layak bro, nama disebut dalam khutbat.”

- “Alhamdulillah, tahniah. Ya ALLAH, saya sebak…”

- “Moga terus sukses. Saya yang lihat ini menangis. Tumpang gembira sampai menitiskan air mata.”

- “Tahniah Azwan, awak memang layak digelar adiwira.”

Malah rata-rata mahu Abang Viva menjadi salah seorang penyelamat di bawah badan itu.

- "Bagi dia jawatan tetap dan berpencen dalam APM"

- “Tolong bagi jawatan penyelamat APM kepada Abang Viva.”

- “Harap lepas ni Azwan diserap masuk APM.”

@abangvivaofficial#abangvivaofficial#atar1♬ MALAYSIA - Faizal Tahir

Baru-baru ini SinarPlus melaporkan mengenai anak muda ini yang sanggup datang dari negeri Melaka ke Selangor dengan berbekalkan RM50.

Dia yang tiba dengan menaiki Perodua Viva membawa bot getah untuk membawa keluar mangsa banjir terkandas.

Baca juga: Kereta Tenggelam Banjir, Jangan Hidupkan Enjin. Lakukan 9 Tip Ini

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Tiktok Abang Viva Official, Facebook APM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca