MASIH kecil, baharu berusia 40 hari dan tiga tahun namun dua beradik ini berhadapan situasi tragis dihempas ke lantai dan dicampak bapa saudara dari tingkat satu kediaman.

Kejadian yang berlaku di sebuah pangsapuri di Sungai Pinang, George Town, Pulau Pinang itu benar-benar menyayat hati.

Berikut kronologi kejadian yang mencemaskan:

1-Mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang oleh bapa saudaranya.

2-Susulan insiden berkenaan, mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada mulut dan patah kaki kiri.

3-Manakala adiknya, bayi perempuan berusia 40 hari mengalami pendarahan di bahagian kepala selepas dipercayai dihempas ke lantai rumah.

4-Dalam kejadian berlaku pada 3.40 petang, bapa saudara mangsa berusia 29 tahun mengelar pergelangan tangan kanan sebelum mencederakan dua anak saudara.

Baca juga: Ditinggalkan ibu, bayi 3 bulan didera bapa sampai mati, berikut kronologi kejadian menyayat hati

Kredit foto: Pexels

5-Menurut saksi yang merupakan ahli keluarga berkenaan terdengar jeritan ibu meminta tolong sebelum mendapati adik lelakinya berada dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah.

6-Kejadian berkenaan berlaku dengan pantas. Saksi turut mendapatkan bantuan jiran bagi menenangkan suspek.

7-Ahli keluarga yang lain menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebelum menghantar kedua-duanya ke hospital.

8-Suspek mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum mencederakan kedua-dua anak saudara.

9-Difahamkan, bayi dan kanak-kanak itu berada di rumah berkenaan yang juga rumah nenek mereka kerana ibu mereka masih dalam tempoh berpantang.

Baca juga: Kronologi wanita maut pisau tertusuk leher hari ke-36 pantang, sempat pesan ibu jagakan anak, 10 info berkaitan

Iklan
Kredit foto: Pixabay by Pexels

10-Suspek dikatakan menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu.

11-Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh.

Saksi meminta agar orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu bagi menjaga privasi keluarga.

Baca juga: Bayi sebulan dirampas monyet liar ketika menyusu, maut di hadapan ibu

Sumber: Harian Metro

Iklan

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang