Sila log masuk terlebih dahulu.

Kronologi wanita maut pisau tertusuk leher hari ke-36 pantang, sempat pesan ibu jagakan anak, 10 info berkaitan

A
A
A

Kronologi wanita maut pisau tertusuk leher hari ke-36 pantang, sempat pesan ibu jagakan anak, 10 info berkaitan

BAHARU sahaja melahirkan anak keempat, ibu berusia 35 tahun ditemui maut dalam keadaan yang menyayat hati.

Siapa sangka hanya selepas berbual dengan suami tercinta yang berada di Kedah, wanita itu pergi buat selama-lamanya pada hari ke-36 berpantang di rumah keluarga di Beris Panchor, Bachok, Kelantan.

Baca juga: Tragis! Kronologi wanita maut dipukul dengan tukul angkara cemburu, suami menangis lepas bunuh, tujuh anak hilang ibu

Luluh hati ibu yang menjadi saksi kejadian, Zuraizah Mat, 58 yang sempat menemui anaknya dalam keadaan bernyawa berkongsi kronologi kejadian:

1-Sebelum kejadian berlaku kira-kira pada jam 6 petang anak perempuannya berada di ruang tamu sebelum menyerahkan bayinya untuk bercakap di telefon dengan suami yang berada di Kedah.

2-Mangsa kemudian masuk ke dalam bilik dan sempat berpesan supaya menjaga bayinya.

3-Kemudian Zuraizah meminta anak bongsu mengintai mangsa yang berada di dalam bilik tersebut menggunakan tangga kerana bimbangkan keselamatannya.

4-Mereka juga cuba pecahkan pintu bilik beberapa kali.

5-Apabila berjaya masuk, mereka terkejut mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan pisau tertusuk pada lehernya.

6-Ketika itu mangsa masih bernyawa. Si ibu telah meminta ahli keluarga membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Beris Panchor.

7-Sebelum kejadian mangsa sering mengadu sakit di bahagian perut dan pada pagi Rabu mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

8-Sejak pulang dari sana dia kelihatan seperti tertekan.

9-Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk tindakan lanjut.

10-Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail menasihatkan orang awam yang mempunyai ahli keluarga mengalami tekanan perasaan dinasihatkan untuk mendapatkan pihak bertanggungjawab bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Baca juga: 5 hari hilang di hutan Royal Belum, anggota tentera ditemui meninggal dunia, doa ibu agar kembali ke pangkuan berakhir sedih

Emosi ibu selepas bersalin

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Jangan ambil mudah pergolakan emosi yang disebabkan oleh pelbagai faktor iaitu persekitaran dan perubahan hormon di dalam diri ibu selepas bersalin.

Penurunan hormon estrogen, progesteron dan tiroid boleh menyebabkan perubahan psikologi yang boleh mencetuskan keadaan yang dikenali sebagai meroyan.

Tambahan pula jika kehamilan tersebut tidak dirancang atau ibu mengalami tekanan emosi yang berlebihan, perubahan psikologi yang tidak sihat ini boleh berlaku.

Baca juga: CCTV dedah anak diabai diletak dalam bilik kosong. Ibu terkilan baby penuh kesan gigit, cakar, cubit buat luluh hati ramai

Baca juga: Anak 3 bulan maut digigit, keluarga dakwa ibu dirasuk

10 INFO POSTPARTUM DEPRESSION (MEROYAN) & POSTPARTUM PSYCHOSIS

1-Kira-kira 13 peratus daripada ibu-ibu mengalami postpartum depression lebih dari dua minggu sehingga setahun selepas kelahiran.

2-Simptomnya ialah rasa bersalah, tertekan, kurang selera makan, murung, sukar tidur atau terlebih tidur, cubaan membunuh diri/anak, kurang selera makan dan keletihan.

3-Ia boleh berpanjangan sekiranya tidak dirawat segera.

4-Meroyan jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk iaitu postpartum psychosis.

5-Seramai 0.01 peratus daripada ibu mengalaminya dalam tempoh tiga bulan pertama selepas bersalin.

6-Ibu yang mengalami postpartum psychosis akan mengalami halusinasi, melakukan perbuatan yang luar daripada kebiasaan, memiliki pergerakan yang terbatas serta penglihatan yang kabur.

7-Perubahan emosi yang ketara ini kerap bagi pesakit gangguan bipolar, skizofrenia atau gangguan psikiatri yang lain.

8-Pada tahap yang teruk, ia dirujuk sebagai kes kecemasan bagi psikiatri dan perlu rawatan dan pantauan pakar.

9-Ibu yang mempunyai sejarah ibu atau adik beradik perempuan mengalami postpartum psychosis berisiko tinggi mengalami masalah ini.

10-Wanita yang pernah meroyan pada kelahiran bayi sebelum ini berisiko mengalaminya ketika kelahiran seterusnya.

Wanita selepas bersalin perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan gangguan emosi dengan beberapa langkah. Dapatkan kumpulan sokongan seperti ahli keluarga, rakan-rakan kumpulan sokongan penyusuan.

Baca juga: Meninggal dunia mengejut, catatan terakhir arkitek sarat hamil menyentuh hati, luah 'angin tak lepas'

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca