DITINGGALKAN oleh ibu, muka ditampar, kepala dipukul, telinga pula dipulas, demikian situasi dan kesakitan yang terpaksa dilalui bayi berusia tiga bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Tidak dapat membayangkan derita yang terpaksa ditanggung bayi di Kampung Teluk Jawa, Padang Hang, Alor Setar, Kedah ini, warga maya rata-rata meluahkan rasa geram berbaur sayu.

Baca juga: 3 kanak-kanak ditemui pucat lesi, tertiarap, setahun dikurung ibu umpama tahanan

– “Anak saya ketika umur begini memang susah nak dijaga, kuat menangis, susah tidur. Semua tidak kena, hendak berdukung sahaja. Tidak terlintas hendak marah atau pukul, malah semakin kasihan.”

– “Para isteri, jika suami sudah mula jadi kaki pukul tinggalkan. Wahai anak bermainlah di taman syurga. Dunia ini sungguh kejam.”

– “Baru-baru ini di Thailand. Makin menjadi-jadi angkara dadah, kanak-kanak dan bayi jadi mangsa.”

Baca juga: 24 anak kecil, guru taska hamil maut, berikut kronologi kes amuk tragis bekas polis di Thailand

Kredit foto: Pexels

Bagaimana kejadian sekejam ini berlaku dan di manakah ibu bayi berkenaan? SinarPlus menyusun kronologi kejadian seperti yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir dan laporan portal berita tempatan.

1-Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Kota Setar menerima panggilan telefon memaklumkan menjumpai mayat bayi lelaki berusia tiga bulan di dalam sebuah rumah di Kampung Teluk Jawa pada jam 1.50 tengah hari.

2-Bayi tersebut dipercayai menjadi mangsa dera bapa kandung. Si bapa kemudian ditahan di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Lintang Teluk Jawa, Mukim Padang Hang, Alor Setar dan direman selama tujuh hari sehingga 17 Oktober depan untuk membantu siasatan.

3-Siasatan awal mendapati bayi tersebut mengalami kecederaan pada bahagian kepala dipercayai akibat hentakan benda tumpul yang boleh menyebabkan maut.

Baca juga: Kanak-kanak 2 tahun maut terjatuh kerusi bayi, berikut 10 info kronologi kejadian

Kredit foto: Pexels

4-lelaki itu mengaku memukul kepala, menampar muka serta memulas telinga bayinya kerana mendakwa mangsa tidak mahu minum susu selain kerap menangis.

5-Ujian air kencing terhadap suspek pula didapati positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

6-Jasad bayi tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat.

7-Menurut portal berita tempatan, ibu bayi terbabit yang hanya dikenali Kamalia, 22, yakin anak bongsunya itu maut ketika dalam jagaan suami.

8-Kamalia berkata, dia telah melarikan diri sejak 4 Oktober lalu akibat tidak tahan kerana sering dipukul dan meninggalkan anak-anak di rumah untuk dijaga oleh suaminya.

Baca juga: Bayi 8 bulan di ambang maut, tertelan pengetip kuku 15 cm dalam kerongkong

Kredit foto: Pexels

9-Perkahwinan kedua wanita itu dengan lelaki berkenaan pada 2019 dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak perempuan berusia setahun dan mangsa. Terdahulu, menerusi perkahwinan pertama, wanita berkenaan memiliki seorang anak perempuan berusia enam tahun.

10-Wanita berkenaan mendakwa pernah menerima 27 jahitan di kepala akibat dipukul selain tangan dan paha ditikam dengan pisau serta mata dicungkil.

11-Susulan itu, Kamalia membuat laporan polis sebelum menumpang di rumah saudaranya kerana takut dengan ugutan suami yang mahu membunuhnya.

12-Kamalia hanya dimaklumkan oleh polis mengenai kematian anak bongsunya itu dan tangkapan ke atas suaminya semalam.

13- “Suami mengamuk ketika ditahan oleh polis dan polis juga jumpa dadah dalam poket seluar suami dan terjumpa baby (mangsa) meninggal dunia di atas katil,” kata Kamalia.

14-Kamalia berkata, dia sangat terkejut sebaik dimaklumkan anak bongsunya itu ditemui meninggal dunia atas katil.

Iklan

15-Dua lagi anak perempuannya difahamkan kini diserahkan dalam jagaan keluarga mentua buat sementara waktu.

16-Kehilangan bayinya dalam keadaan yang tragis dan kejam, Kamalia tidak dapat memaafkan suaminya yang sanggup membunuh anak sendiri.

Baca juga: Lama impikan anak lelaki, ibu reda bayi ‘pergi’ ketika tidur di taska sentuh hati ramai

KESAN DADAH KEPADA MANUSIA

Kredit foto: Pexels

Kebergantungan kepada dadah memberikan kesan buruk kepada otak dan saraf tunjang manusia seperti berikut:

– Merencatkan fungsi pemikiran dan minda.
– Menganggu tumpuan.
– Melambatkan proses berfikir.
– Daya ingatan kurang.
– Penyakit strok.
– Gangguan pada fungsi saraf.
– Rasa mengantuk melampau.
– Rasa seronok melampau.
– Halusinasi

Jauhilah dadah kerana ia berbahaya. Tiada kebaikan diperolehi daripadanya melainkan hanya keburukan.

Iklan

Ia malah menyebabkan kualiti hidup menurun dan menyebabkan impak sosial kepada masyarakat kita hari ini.

Baca juga: Bayi 6 bulan maut, gigih dibawa bapa 12 jam menaiki motosikal untuk tonton bola sepak

Baca juga: Kasih ibu tiada tandingan, wanita cedera parah bertarung harimau selamatkan bayi

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

Kredit foto utama: Pixabay by Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi