SEMALAM tular satu perkongsian dari seorang pengguna Facebook bernama Mohd Ridzuan Mohd Razali berkaitan seorang pak cik yang terlibat kemalangan telah selamat menjalani pembedahan.

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian daripada warganet yang sebak melihat pak cik yang terpaksa dipotong tangan akibat tulang hancur.

“Semalam pukul 4.50 pagi selamat jalani operation. Tangan terpaksa kena potong sebab tulang hancur.

“Pak cik yang kena langgar dengan trailer ketika sedang bekerja semalam (kelmarin) tu… Sedihnya aku tengok. Cari rezeki untuk keluarga.

“Usia pun macam arwah abah aku je… Semoga dipermudahkan urusan pak cik,” tulisnya.

Katanya, disebabkan ramai bertanyakan nombor akaun pak cik, Mohd Ridzuan turut menyertakannya sekali.

“Untuk yang ingin menyumbang, di bawah ini disertakan sekali akaun bank pak cik Mohd Sis dan anak-anak beliau.

  • 0110041100038263 (BSN) – Mohd Sis Bin Latif
  • 0114829000134352 (BSN) – Muhammad Harith Bin Mohd Sis(Anak)
  • 0114841000016577(BSN) – Muhammad Haikal Bin Mohd Sis(Anak)
  • 01137530046 – Haikal (Nombor anak Pakcik Sis)

Perkongsian di Facebook Mohd Ridzuan telah mendapat lebih 23 ribu share.

Sementara itu, portal tempatan melaporkan, polis giat mengesan pemandu lori bagi membantu siasatan kes langgar lari itu.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 28 Lebuhraya Pasir Gudang mengakibatkan pekerja selia selenggara jalan menjalani pembedahan potong tangan akibat kecederaan dialaminya.

Pemangku Ketua Polis daerah Seri Alam Deputi Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, ketika kejadian, mangsa berdiri di platform hidrolik di belakang lori dinaiki bersama rakan sekerja.

Baca juga Kanak-kanak 9 tahun pecah tabung sumbang beli van jenazah

Katanya, lori dinaiki mangsa ketika itu mengesan jalan yang rosak untuk kerja baik pulih namun tiba-tiba lori terbabit dilanggar sebuah lori lain dan menghilangkan diri.

Iklan

Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa yang berusia 55 tahun parah di tangan kanan dan terpaksa dipotong di bahagian siku ke bawah ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Manakala seorang lagi rakan sekerja mangsa yang berusia 27 tahun hanya cedera ringan di lutut kanan.

Iklan

Difahamkan, polis kini giat menjalankan usaha untuk mengenal pasti lori yang terbabit dalam kejadian itu.

Selain itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu siasatan, boleh menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Seri Alam di talian 07-3864222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.