‘ALHAMDULILLAH.’

Demikian hantaran pendek Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail di laman sosial Instagram selepas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Umum mengetahui perjuangan wanita ini sejak dari tahun 1998. Wan Azizah lambang kesetiaan seorang isteri.

Saat suaminya dipecat dan ditahan selama sembilan tahun, beliau tidak pernah lelah mempertahankan sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) pada 4 April 1999.

Baca juga:Setelah 24 tahun…ucapan syahdu Nurul Izzah kepada bapa tersayang tarik perhatian warga maya

 

Tidak hanya itu, keteguhan hati Wan Azizah benar-benar teruji. Bersama enam orang anak masih kecil, Nurul Izzah, Nurul Hana, Nurul Nuha, Mohd Ihsan, Nurul Iman dan Nurul Ilham, Wan Azizah membesarkan mereka tanpa kehadiran figura seorang bapa.

Hantaran ringkas bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke- 12 itu mengundang sebak warga maya.

Baca juga: Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 suami dan bapa yang penyayang, 10 info menarik mengenainya

Terinpirasi dengan perjuangan ditempuhi Wan Azizah, warga siber sebak dan menzahirkan kesyukuran.

-“Anda adalah salah satu sebab utama! Isteri hebat, sistem sokongan mengagumkan untuk DSAI. Anda adalah inspirasi sebenar .”

-“Kami lama menanti, tetapi tidak sehebat perjuangan Datuk Seri! Nikmatilah saat ini bersuami suami tercinta. Inilah pelangi disebalik ujian yang tiada henti! Perjuangan tidak sia-sa. Benar, orang yang sabar sentiasa menang.”

-“Alhamdulillah. Tahniah atas kesabaran selama 24 tahun. Di belakang kejayaan seorang lelaki adA wanita yang hebat.”

Baca juga: Inspirasi! Nurfatihah ‘fast track PHD’ bidang ‘vaccinology’ kini bergelar saintis muda

-“Insan paling bersabar.”

-“Alhamdulillah, indahnya sabar seorang isteri.”

– “Disebalik suami yang hebat, ada isteri yang kuat dibelakangnya.”

-”Tahniah Datin Sri dan keluarga. Terbalas segala pengorbanan airmata dan kesabaran seorang isteri selama ini. Syukur Alhamdulillah!”

“Tulang belakang yang amat kuat untuk suami. Menjadi contoh kepada wanita bergelar isteri.”

Baca juga: Gerudi minyak dan gas di tengah padang pasir. Keberanian Cempaka Lim jadi inspirasi ramai wanita

Iklan

ENAM FAKTA RINGKAS DATIN SERI DR WAN AZIZAH

1-Dilahirkan pada pada 3 Disember 1952 di di Hospital Kandang Kerbau, Singapura.

2-Dr Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar dan pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.

3-Melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland pada tahun 1973 dan beliau menamatkan pengajian dalam perubatan menerima anugerah Pingat Emas MacNoughton-Jones dalam bidang obstetrik dan ginekologi.

4-Beliau pulang ke Malaysia pada tahun 1978 dan bertugas sebagai pakar bedah mata.

Baca juga: Khairul Aming kongsi jatuh bangun, rupanya banyak kali gagal sebelum miliki 2 kilang. Jadi inspirasi wanita

5-Berkahwin dengan Datuk Seri Anwar pada 26 Februari 1980.

Iklan

6-Mencipta sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hingga tahun 2020

Baca juga: Inspirasi! Dr Izazi terima PhD pada usia 29 tahun kini pensyarah di Korea Selatan

Sumber: Instagram drwanazizah, RCSI Alumni

Kredit foto utama: Instagram Istana Negara, Instagram Nurul Izzah

Foto: Facebook Anwar Ibrahim, Instagram Nurul Izzah, Nurul Ilham

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan