Alhamdulillah selepas 3 kali tangguh, akhirnya Dr Amalina disatukan

Alhamdulillah selepas 3 kali tangguh, akhirnya Dr Amalina disatukan
Alhamdulillah selepas 3 kali tangguh, akhirnya Dr Amalina disatukan
A
A
A

DOKTOR dan pelatih pakar bedah popular, Dr Amalina Che Bakri mengumumkan beliau sudah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya.

Berita gembira itu dikongsi Dr Amalina menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya semalam.

Setelah tiga kali tangguh, akhirnya disatukan dengan insan tercinta, Alexander Charles.

"Alhamdulillah, solemnisation (nikah) dilakukan di London Central Mosque pada 31 Mac 2021 bersamaan 18 Sha'ban 1442H.

"Kami terpaksa menangguhkan pernikahan ini sebanyak tiga kali memandangkan lockdown, lega akhirnya kerana dapat mengadakan majlis sederhana yang dihadiri oleh beberapa keluarga dan rakan terdekat (hanya 6 orang tetamu, sesuai dengan peraturan Covid-19 di sini)," tulisnya.

amalina

Menurutnya, percancangan awal perkahwinannya adalah pada bulan Mac di Malaysia.

"Rancangan awal kami adalah untuk diadakan majlis resepsi pada bulan Mac (Malaysia) dan Jun (UK) tahun ini, namun kami menangguhkan majlis perkahwinan kami sehingga kami yakin semua orang boleh meraikan bersama.

"Kami juga tidak sabar-sabar untuk meraikan hari besar kami dengan orang-orang tersayang dan rakan nanti. Lots of love, Amalina and Alex," ujarnya.

Dr Amalina turut meletakkan tanda pagar #justmarried menandakan beliau sudah bergelar suami isteri yang sah.

Menjengah ruangan komen perkongsian itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada para pengikut doktor terkenal ini.

Jejaka 2018 dengan tunang Dr Amalina individu yang sama, lelaki berbangsa Inggeris jadi pilihan

Terdahulu, Dr Amalina yang sedang menyempurnakan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di sebuah hospital terkemuka di London itu turut mengumumkan pertunangan mereka pada 10 Ogos lalu.

Baca juga Gigihnya! Pakai EX5 redah hutan bukit bukau setiap minggu, ini kisahnya…

Nama Dr Amalina mula menjadi sebutan apabila berjaya mencipta sejarah sebagai pelajar pintar yang mencapai keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Tahniah diucapkan kepada Dr Amalina dan pasangan, semoga berbahagia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca