BEAUTY with brains, Manvin Khera berusia 22 tahun, mencipta sejarah dalam dunia ratu cantik negara apabila menjadi rakyat Malaysia pertama berjaya menjuarai pertandingan Miss Globe 2023 yang telah diadakan di Durres, Albania.

Berjaya menewaskan 53 peserta dari seluruh pelosok dunia, Manvin yang juga seorang model dan peguam berjaya menggondol anugerah khas Miss Talent apabila nyanyiannya memukau para juri dan tetamu.

Manvin dimahkotakan oleh penyandang gelaran itu bagi tahun 2022, Anabel Payano dari Republik Dominican.

Berusaha gigih dari awal, kemenangan anak jati Kuala Lumpur itu sememangnya tepat.

Perjalanannya merebut mahkota Miss Globe 2023 melalui pelbagai cabaran apabila pertandingan itu menampilkan pelbagai pusingan untuk mengecilkan jumlah peserta.

Berketinggian 173 sentimeter, Manvin berjaya menempatkan diri sebagai peserta Top 15 hingga lima terbaik manakala prestasi luar biasa dalam pusingan baju renang yang menjadikannya gelaran Miss Talent.

Di luar pertandingan Miss Globe, Manvin juga telah mencipta gelombang dalam dunia fesyen dan hiburan.

Baca juga: Jururawat muda juara pertandingan ratu cantik tanpa solekan pertama di dunia. Wajah mulus, tiada cacat cela

Baca juga: Jane Dipika Garrett cipta sejarah Miss Universe, wanita plus size dinobat ratu cantik Nepal

Baca juga: Selepas 21 tahun, Miss Universe 2021 milik Harnaaz Sandhu, berikut senarai ratu cantik dari India

Iklan

Terdahulu, gadis ini pernah menjuarai pertandingan ratu cantik Ratu Wanita Malaya 2022. Beliau turut tampil di Minggu Fesyen Thailand, Minggu Fesyen Antarabangsa Bali dan pertunjukan Rizman Ruzaini Cruise 2023 ketika Kuala Lumpur Fashion Week.

Selain Manvin sebagai juara, Miss Globe 2023 turut menobatkan Katia Agbodo dari Sepanyol yang memegang kedudukan naib juara manakala wakil Filipina, Anna Valencia Lakrini berada di kedudukan ketiga.

Wakil Nigeria, Duru Esther Chidera dan wakil Amerika Syarikat, Kirstin Yvonne Bangs berpuas hati di kedudukan keempat dan kelima.

Iklan

Tahniah Manvin!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!