Jane Dipika Garrett cipta sejarah Miss Universe, wanita plus size dinobat ratu cantik Nepal
MISS Universe Nepal, Jane Dipika Garrett mencipta pencapaian tersendiri apabila dinobatkan pada sebagai Miss Universe Nepal 2023.
Dimahkotakan sebagai ratu cantik di Godavari Sunrise Convention Center di Lalitpur 9 September lalu, Garret yang berdarah kacukan Nepal- Amerika kini mewakili negaranya pada pertandingan Miss Universe di El Salvador November ini.
Garrett, 22, yang berasal dari Kathmandu sebelum ini tinggal di Washington, Amerika Syarikat.
Pelajar kejururawatan itu telah menewaskan 20 peserta lain untuk merebut gelaran, memenangi hati juri dengan daya tarikan tersendiri.
Baca juga: Pernah digelar ratu sampah, ini kisah Miss Universe Thailand 2022, Anna Sueangam-iam
Wanita muda ini dilaporkan mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) berkata, dia mahu mewakili wanita curvy (berisi) yang bergelut dengan berat badan dan dibelenggu masalah hormon.
"Sebagai plus size dan tidak memenuhi standard kecantikan tertentu, saya di sini mewakili wanita curvy yang bergelut dengan pertambahan berat badan serta masalah hormon.
“Saya percaya bahawa tiada satu standard kecantikan tertentu dan wanita cantik seadanya mereka," kata Miss Universe Nepal yang baharu itu.
Kemenangan Garrett merupakan satu lagi peristiwa penting dalam sejarah Miss Universe sebagai pertandingan ratu cantik yang telah berjalan selama 72 tahun.
Baca juga: Gadis ini cipta sejarah jadi peserta ratu cantik bertanding dengan wajah tanpa solekan
Difahamkan, penganjur Miss Universe kini lebih terbuka tentang syarat penyertaan.
Tahun lalu, pertubuhan itu membuat perubahan bersejarah kepada proses pemilihannya selepas menerima wanita yang sudah berkahwin dan bergelar ibu.
Ia adalah salah satu perubahan terbesar pertandingan berprestij itu yang sebelum ini hanya membenarkan wanita bujang, berumur antara 18 hingga 28, tidak pernah berkahwin atau memiliki anak.
Baru-baru ini, ibu kepada sepasang cahaya mata, Michelle Cohn, 28, dimahkotakan sebagai Miss Universe Guatemala sekali gus menjadi Miss Universe pertama bergelar mama.
Memang benar, kejelitaan wanita tidak hanya terletak kepada fizikal dan usia semata-mata. Setiap daripada mereka cantik dan mempunyai keunikan tersendiri.
Semoga kemenangan Garrett membuka fikiran masyarakat dunia tentang kecantikan wanita yang subjektif.
Baca juga: Penjual roti jalanan jadi model, gambar tak sengaja dirakam jurufoto profesional julang populariti
Sumber: Pegeant Circle, The National News
Foto: Instagram mun_missuniversenepal
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang