ANAK Malaysia kini di mata dunia, pencipta kandungan YouTube, Aqil Zulkiflee meraih anugerah Favourite Asian Creator dalam acara berprestij Nickelodeon Kid’s Choice Award 2023.

Lebih membanggakan, influencer berusia 27 tahun itu berjaya menewaskan nama-nama besar seperti wakil dari Indonesia, Gen Halilintar, Hikakin dari Jepun dan Niana Guerrero yang mewakili Filipina.

Baca juga: Dulu jurutera kini ke dapur, Youtube Che Nom raih 1 juta pengikut

“Alhamdulilah. Macam tak percaya Aqil menang anugerah Kid’s Choice Award 2023 untuk kategori Favourite Asian Creator.

“Walaupun faham rakyat Malaysia tak seramai negara lain yang bertanding, tapi kita menang!

“Terima kasih semua yang dah vote Aqil banyak kali dan support Aqil sampai sekarang. Usaha kita tidak sia-sia selama ni. Malaysia boleh!” titip Aqil di Instagram.

Memiliki 1.73 juta langganan di YouTube, Aqil yang menghasilan konten berbentuk hiburan santai pada 2015 mula aktif sejak Perintah Kawalan Pergerakan 1.0.

Baca juga: Khairul Aming kongsi jatuh bangun, rupanya banyak kali gagal sebelum miliki 2 kilang. Jadi inspirasi wanita

Beliau juga menerima penghargaan yang diidamkan semua YouTuber daripada YouTube iaitu Silver Play Button dan Gold Play Button.

Selain saluran utama Aqil Zulkiflee, beliau juga memiliki dua lagi saluran lain iaitu Aqil Zulkiflee Gaming dan Aqil Zulkiflee Shorts.

Tidak sekadar itu menjana pendapatan sebagai pencipta kandungan di YouTube, anak muda ini juga membuka perniagaan makanan iaitu corndog.

Terdahulu, beliau pernah memenagi trofi YouTuber Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34.

Baca juga: Khababe Lame, TikTokers terkenal hanya menggunakan mimik muka

Iklan

Kid’s Choice Award 2023 yang dihoskan oleh Nate Burleson dan Charli D’Amelio berlangsung di Microsoft Theater di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Ia mengiktiraf bakat bintang-bintang seperti Harry Styles, Dwayne Johnson, Millie Bobby Brown, Selena Gomez, Olivia Rodrigo dan ramai lagi.

Penyanyi Harry Styles meraih anugerah beberapa kategori termasuk Favorite Global Music Star, Favorite Male Artist, dan Favorite Song (As It Was).

Syabas Aqil atas kemenangan, semoga kejayaan yang diraih menyuntik semangat anak muda lain untuk terus berusaha keras dan konsisten dalam bidang yang diceburi.

Iklan

Baca juga: Tiada aurat dibuka dan tak perlu gedik. Gadis graduan kejuruteraan tak kisah jual acar ikan masin kini raih populariti di TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.