PENAMPILANNYA cukup bersahaja tanpa perlu tergedik-gedik dengan benda-benda yang tidak senonoh seperti membuka aurat.

Dengan kemeja kotak-kotak selain cara bercakap yang begitu lancar dan laju membuatkan video yang dihasilkannya di media sosial menjadi viral.

Rupa-rupanya beliau ialah seorang bekas siswazah dalam bidang kejuruteraan, tetapi kini terkenal usai memilih kerjaya sebagai content creator (penyedia kandungan).

Empunya diri yang dikenali sebagai UMe Cikin tampil cukup bersahaja dan tidak perlu seksi mahupun keterlaluan di hadapan kamera, namun meraih populartiti yang cukup luar biasa.

Tinggal bersama keluarga di kampung, gadis itu turut menjual sambal acar ikan masin.

Baca ni: Nana Al Haleq tidak kisah digelar wanita sado, anggap aktiviti bentuk badan berotot ibarat ‘kerja seni’ untuk sihat

TAK PERLU GEDIK

Tidak seperti orang lain, pemilik nama sebenar Ume Nur Ashikien M Azhar menjadi dirinya sendiri.

Pendekatan yang dilakukannya nyata mengundang kekaguman ramai. Masakan tidak, pada saat orang lain seusianya memilih cara singkat dengan cara yang kontroversi, namun gadis tersebut tidak memilih jalan serupa.

Satu lagi yang menarik tentang Ume, kisahnya bukan diceritakan oleh diri beliau sendiri, sebaliknya disampaikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Juliza Sarif.

Dalam penulisannya, Juliza sangat kagum dan bangga dengan kejayaan yang dicapai Ume.

Walaupun gadis itu belajar dalam jurusan berbeza dengan apa yang dilakukannya kini, tetapi berbekalkan dengan ilmu yang ada, beliau mengadaptasinya dalam bentuk yang berbeza dan lebih kreatif.

@umeazhar Mak aku kata bayar pakai kad debit duit tak cepat habis 😁#paywithdebit #quicksecureconvenient ♬ Polaroid Love – ENHYPEN

“Belajar berlatar belakangkan kejuruteraan. Tidak dapat bekerja dalam bidang akademik beliau. Jadi content creator, jual acar ikan masin. Jualan beliau sangat meletops.

“Okey. Tidak perlu belajar tinggi tinggi tidak mengapa. Boleh sahaja survive…saya senyum.

“Alhamdulillah. Beliau berjaya. Beliau masuk kelas. Beliau belajar fasal asas perniagaan. Terma-terma. Beliau boleh bertahan dan sabar. Mungkin asbab latihan masa di universiti. Kelas. Assignment. Bentuk fokus. Time frame. Konsep ilmu.”

Demikian bait-bait kata yang diluahkan oleh Juliza kepada Ume.

BUKAN KONTEN ‘MURAHAN’

Cerita Juliza lagi, konten yang dihasilkan Ume lain daripada yang lain dan bukan bersifat ‘murahan’, jauh sekali perlu tergedik-gedik.

Iklan

“Masuk kelas content creator percuma sahaja, dianjurkan oleh Tuan Khairul Hakimin Muhammad dan terus beliau memecut. Beliau memecut sebab dah ada asas. Asasnya masa di universiti. Apabila beliau gilap lagi ilmu tambahan untuk kerjaya, beliau terus pecut.

“Konten beliau walau kelakar, namun isinya bagus. Up to date. Berprinsip dan bukan konten ‘murahan’,” katanya.

CIPTA KERJAYA SENDIRI

Pada masa sama, Juliza turut menitipkan kata-kata nasihat buat remaja di luar sana memahami tujuan mencari ilmu supaya dapat membantu memilih yang terbaik dalam urusan membina kerjaya.

“Selepas habis SPM, nak sambung belajar macam mana kaedah pun silakan. Pilih yang mana berkenan dek hati. Ada fokus. Faham prinsip ilmu dan tujuan mencari ilmu. Kalau asas itu kabur, graduat dengan CGPA 4.0 pun akan bising susah nak dapat kerja kerana tidak mahu cipta kerja. Mungkin tidak tahu pun nak cipta kerjaya itu bagaimana.

“Come on. Dunia bekerja tidak melihat nombor CGPA, tetapi nilai ilmu yang ada pada diri. Ada ilmu, kita boleh pilih. Nak cipta kerjaya sendiri atau nak bekerja dengan orang untuk bina kerjaya? Kedua-duanya baik. Jika kurang ilmu, pilihan lebih terhad. Usah nafikan,” katanya lagi.

SinarPlus sendiri turut kagum dan berbangga dengan pencapaian Ume.

Iklan

Biarpun tidak berjaya dalam bidang yang dipelajarinya, namun beliau tidak berputus asa.

Paling penting ada ilmu yang dapat memimpin kita ke arah cabang kerjaya yang sesuai, sekali gus membuahkan kejayaan.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Betul tak?

Baca lagi: Dr Izazi angkat martabat bahasa Melayu di bumi Korea. Ini reaksi pelajar asing terhadap bahasa ibunda kita

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan