BIADAP! Itu perkataan yang sangat tepat untuk seorang pengguna Instagram yang telah meninggalkan satu komen yang sangat tidak patut, tambah lagi kepada individu yang terhormat di negara kita.

Tidak pernah lagi sebelum ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memuat naik sesuatu yang bersifat komen daripada wargamaya pada entri di Instagram kepunyaan baginda, @airtangan_tunkuazizah kecuali jika ia sesuatu yang mengganggu baginda.

Semalam, baginda muat naik satu entri, beliau ternyata kecewa dengan komen seorang pengguna Instagram yang menggunakan akaun palsu dan meninggalkan komen yang cukup biadab serta tidak beradab.

“Susah kalau orang sakit jiwa!” tulis baginda pada entri tersebut.

Baginda juga telah membalas komen tersebut;

“Apa masalah anda dengan saya?”

Ketika artikel ini ditulis, terdapat lebih 1,800 komen yang ditinggalkan pada entri tersebut.

"Apa masalah anda dengan saya?"- Tuanku Permaisuri Agong respon netizen tak beradab

Artikel berkaitan: “Saya pernah hidup susah sampai nak makan pun tak ada duit…..”

Iklan

Ramai yang meminta Tuanku Permaisuri untuk membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap akaun palsu tersebut.

Rata-rata mereka meluahkan rasa geram dan sesal dengan komen negatif itu.

Iklan

Mereka berkata, sabar Tuanku.. itu namanya manusia tiada adab.

Tidak tau hormat orang. Mohon ambil tindakan Tuanku Permaisuri… mesti diajar kesopanan dan kesusilaan.

Cuba report Suruhanjaya Multimedia. Nak tengok juga rupa orang yang suka sangat komen negatif kat Tuanku.

Tak yah layan depa Tuanku. Ramai lagi sayang Tuanku . Kami sayang Tuanku, kami adore Tuanku. Secebis kata-kata dia takkan effect kat kita sikit pun.

Ya Allah, biadapnya dia. Semoga Allah sentiasa lindungi Tuanku sekeluarga.

Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani rawatan susulan di
Institut Jantung Negara (IJN) kerana keracunan makanan.

 

View this post on Instagram

 

susah kalau orang sakit jiwa!

A post shared by Tunku Azizah Iskandar (@airtangan_tunkuazizah) on