Atas sebab tertentu, peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri. 'Saya doakan kes ini berjalan lancar'

A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEGUAM ibu bapa kanak-kanak autisme yang mati dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin mengumumkan tidak lagi mewakili pasangan itu.

Mahmud Jumaat mengesahkan menarik diri bermula Selasa atas faktor-faktor tertentu.

Berikut adalah info yang dikongsikan berkenaan Mahmud yang berkhidmat di firma guaman Tetuan Emir Mahmud & Co itu:

1-Menerusi portal berita tempatan, Mahmud memaklumkan membuat keputusan berkenaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak.

2-Pun begitu, peguam berkenaan mendoakan agar kes berkenaan berjalan lancar.

3-Beliau sebagai pengamal undang-undang menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes berkenaan.

4-Terdahulu, Mahmud dilantik keluarga Zayn Rayyan mewakili kedua ibu bapa kana-kanak malang itu yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

5-Pasangan 28 tahun ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam, dekat sini pada Jumaat, jam 10.25 pagi.

Baca juga: Mayat Zayn Rayyan diletak ketika hujan lebat, disyaki hanya seorang pelaku, petunjuk suspek semakin jelas

Baca juga: Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. '10 minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada'

Baca juga: Kes Zayn Rayyan kembali menjadi bualan, ibu bapa ditahan polis

Baca juga: 'Dia pergidengan baju kesukaannya.' Ibu Zayn Rayyan mahu pembunuh ditemui & dihukum

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, ibu bapanya Zayn  Rayyan yang berusia 28 tahun masih direman dan ia dilakukan berpandukan risikan yang dijalankan pihak polis sejak hari pertama kejadian.

Tidak hanya itu, telefon bimbit milik pasangan berkenaan turut dirampas.

Sementara itu, bekas pengasuh Zayn Rayyan dan dua ahli keluarganya turut dirakamkan keterangan bagi melengkapkan siasatan.

Dalam perkembangan terbaru, datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba mengesahkan sudah melantik peguam baharu dan dinasihatkan tidak memberi sebarang kenyataan.

Imbas kembali, kes tragis melibatkan Zayn Rayyan menggemparkan negara apabila ditemui meninggal dunia di kawasan anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam selepas hilang selama 30 jam.

Jasad anak istimewa itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari dalam keadaan terbaring di sungai dan berpakaian seragam sekolah kira-kira 200 meter dari blok kediaman keluarganya pada 6 Disember 2023.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro, Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca