Atlet futsal wanita negara dilamar kelab Amerika Syarikat, 10 info berkaitan Intan Serah

WAH! Atlet futsal negara, Intan Serah Anisah Zulgafli kini berjaya melebarkan sayap beraksi di Liga Amerika Syarikat.

Menerusi perkongsian pemain skuad Malayan Tigress itu, dia mengakui sudah menandatangani kontrak bersama New York Dutch Lions FC dan akan bersaing di Liga Premier Bolasepak Wanita (WPSL).

Dalam pada itu, gadis manis dan lincah di gelanggang futsal itu turut memohon agar peminat bola sepak tempatan dapat mendoakan kejayaannya beraksi di luar negara itu.

“Doakan saya di New York, United States bersama kelab New York Dutch Lions untuk perlawanan di sana, Bismillah,” katanya yang sudah berlepas ke New York kini.

Kejayaan Intan Serah meraih kontrak itu pastinya membuka lembaran baharu buat pembangunan bola sepak wanita negara yang kini semakin mendapat perhatian peminat tanahair.

Baca juga “Handsome macam orang Jepun, terharu tengok siap berbaju Melayu & samping.’ Aaron Aziz sekeluarga terbang ke Jepun rai anak sulung tamat belajar

INFO

1. Pemilik nama sebenar Intan Sarah Anisah Zulgafli berasal dari Kuala Lumpur kini berusia 24 tahun.

2. Intan Serah merupakan anak ketujuh daripada lapan adik beradik (enam abang dan seorang adik perempuan). Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan.

3. Intan Serah meraih perhatian ramai selepas membuat penampilan pertama di temasya Sukan Sea Hanoi, Vietnam, Mei tahun lalu.

4. Bekas pemain futsal wanita negara itu adalah pemain wanita pertama beraksi di Amerika Syarikat dan yang ketiga di luar negara.

5. Sebelum ini, penjaga gol wanita negara iaitu Nurul Azurin Mazlan bermain di Liga India bersama Misaka United FC serta Celine Chuang yang menyertai kelab gergasi Jerman, Bayern Munich pada 2021 lalu.

Baca juga Bertuahnya gadis ini! Rezeki dapat tunai haji, SPM pula paling cemerlang

Iklan

6. Kelab Intan Serah memuat naik ucapan tahniah dan mengalu alukan kehadirannya bersama pasukan itu untuk musim baharu. Menerusi kenyataan di laman sosial kelab itu, pasukan terbabit amat teruja menanti kehadiran pemain negara itu.

7. Nama Intan Serah bukanlah asing lagi dalam arena futsal Malaysia. Dikenali sebagai aset penting dalam pasukan wanita kebangsaan.

8. Wanita versatil itu turut melebarkan portfolionya sebagai pelakon, model, penyanyi dan streamer.

9. Popularitinya kini dianggap setara dengan selebriti tempatan tanah air meskipun jarang membuat kemunculan di kaca televisyen.

10. Intan Serah beraksi buat kali terakhir di Sukan Sea Kemboja bulan lalu.

Iklan

Selamat beraksi di tempat baru, moga penampilan Intan Serah dapat memberikan inspirasi buat wanita di luar sana.

Sumber: Harian Metro, Instagram Intan Serah

Baca juga Inspirasi! Ummi Annur Syahmina wanita berhijab pertama Malaysia sertai Akademi Tentera Udara AS

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi