JAGUH bebasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang baru merangkul emas kedua pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 baru-baru ini benar-benar mengundang sebak.

Masakan tidak, pelumba yang diberikan julukan The Pocket Rocket Man itu terdahulu disahkan mengalami masalah jantung hingga hampir menamatkan kariernya sebagai pelumba basikal.

Beliau yang  sebelum ini bergelut penyakit jantung jarang jumpa, ‘anomalous aortic origin of right coronary artery’ (AAORCA) telah menjalani pembedahan pembetulan (corrective surgery).

Baca juga: Ibarat bom jangka, Azizulhasni kongsi detik cemas simptom sakit jantung sebelum Sukan Olimpik

Pun begitu, pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu terus bersemangat menyumbang emas buat negara.

 

 

Pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai itu, Azizulhasni memastikan pingat emas ke-12.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu sekali lagi membuktikan kebolehannya selepas berjaya meraih gelaran berganda menerusi acara pecut dan keirin, sekali gus mencipta legasi sendiri dengan 12 pingat emas ACC secara keseluruhan.

Baca juga: Azizulhasni kini bergelar Datuk. 5 fakta menarik The Pocket Rocketman

Lebih manis, catatan yang dilakukan Azizulhasni itu berjaya mengatasi rekod kebangsaan 9.548 saat yang dilakukannya pada Kejohanan Dunia 2020 di Berlin, Jerman pada peringkat kelayakan.

 

Memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, isteri beliau, Datin Athiah Ilyana Abd Samat, menitipkan semangat dan mendedahkan ACC itu mungkin yang terakhir buat suaminya.

 

Turut hadir memberikan sokongan ialah ibu Azizulhasni, Selamiah Yong dan keluarga.

“Gelaran Juara Asia Ke-11.

“Perlumbaan ACC terakhirnya sebelum bersara.

“Akan datang, Olimpik Paris 2024,” titip Athiah selepas suaminya meraih emas.

Menerusi paparan video dan foto yang dikongsikan sebuah portal berita, Athiah sebak merangkul pelumba berusia 35 tahun itu sejurus aksi final keirin.

Iklan

Baca juga: Patutlah laju berdesup, Azizulhasni guna basikal WX-R Vorteq RM300,000 di Olimpik Tokyo

Memberikan sokongan padu, Athiah hadir bersama anak mereka, Amna Maryam, Amna Khadeeja dan Amna Fateema serta ahli keluarga yang lain.

Azizulhasni bersama isteri, Datin Athiah Ilyana Abd Samat dan anak mereka, Amna Maryam, Amna Khadeeja serta Amna Fateema.

Warganet menzahirkan ucapan tahniah buat Azizulhasni dan terharu dengan sokongan daripada ahli keluarga jaguh dunia itu.

– “Congrats to the win but more for this nice family.”

– “Sweet family. They are your strong support system.”

– “Behind the successful man was a woman who’s he loves most.”

Iklan

– “Warms my heart every time I see videos of this Champion celebrating with his beautiful family.”

– “Congratulations to the one and only @azizulhasniawang! We Malaysian are proud of u. The sweetest and best moment with @tyailyana and family.”

Baca juga: Pernah digelakkan pelajar PhD Malaysia di Melbourne, ini nasihat Azizulhasni

Sumber: @tyailyana

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi