Bapa Anas kongsi foto jarum beserta darah, rayu hentikan santau?

Bapa Anas kongsi foto jarum beserta darah, rayu hentikan santau?
Bapa Anas kongsi foto jarum beserta darah, rayu hentikan santau?
A
A
A

"CUKUPLAH tu. Mohon dan merayu demi Anas dan Aneesa."

Begitulah perkongsian bapa kepada seorang kanak-kanak yang pernah tular suatu ketika lalu, Muhammad Fattah Anas.

Katanya menerusi Instagram fattahanas_boyyeah, dia merayu dengan orang ramai demi

anaknya, Anas dan Aneesa.

"Allah maha kuasa... Demi Allah, yang baik-baik hanya untuk Dia, yang hina itu saya.

"Ampunkan saya jika sakitkan hati kamu, penat aku tanggung, penat aku bawa. Tutup penat ini dengan senyuman untuk orang lain.

"Hinanya lagi... ye tak apa, memang hina saya terima. Macam-macam dah kena. Sakit

memang sakit.

"Habis? banyak dah habis.. jadi cukuplah tu. Mohon dan merayu demi Anas dan Aneesa.

"Kesian Anas, kesian Aneesa... depa kena tempias tu. Depa nampak tempias ini, kesianlah kat depa," tulisnya.

Lebih mengejutkan bapa Anas yang bernama Mohamad Firdaus turut berkongsi foto jarum

beserta darah yang menunjukkan seolah-olah terkena buatan orang.

Baca juga Pernah dizalimi akibat sihir, boleh ke jika kita tak maafkan individu yang lakukan perbuatan itu?

Rata-rata warganet merasa terkejut kerana masih ada yang sanggup menggunakan jalan

seperti itu di zaman teknologi sekarang ini.

Ramai juga yang memberikan kata-kata semangat buat mereka sekeluarga dan sentiasa

berdoa pada yang Esa.

Sebelum ini, Anas pernah dikenali ramai apabila tularnya satu video dia duduk di dalam

sangkar kucing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca