MEMBAWA ibu yang menghidap strok ke bank untuk urusan pengeluaran wang tetapi tertinggal kad pengenalan. Bagaimanapun tindakan pegawai bank di Machang, Kelantan meraih pujian warga maya kerana memudahkan urusan pelanggan.

Menerusi video berdurasi 21 saat, pengguna TikTok S.Nass berkongsi beliau telah hadir ke CIMB Bank Cawangan Machang bagi proses pengeluaran wang dari akaun ibunya.

Namun, beliau secara tidak sengaja tertinggal kad pengenalan ibunya sedangkan jarak rumah dan bank berkenaan mengambil masa lebih dua jam.

Baca juga: Tiada cara lain, anak terpaksa angkut ibu dengan katil naik ambulans perbaharui kad ATM

Menurut Nass, kad pengenalan sememangnya mustahak bagi apa sahaja prosedur bank. Bagaimanapun ketika itu beliau hanya membawa salinan kad pengenalan ibunya sahaja.

Bagaimanapun atas budi bicara dan jasa baik pihak bank, proses pengeluaran wang ibunya dibolehkan.

Baca juga: #SiBibirMerah: Ribuan ringgit disedut dari akaun bank, wanita wajib tahu tip keselamatan elak penipuan online

“Pegawai bank datang ke kereta, ambil cap jari emak. Selesai. Terima kasih semua pegawai CIMB Machang kerana memudahkan urusan kami”, titipnya.

Tidak hanya proses pengeluaran dibenar mengguna salinan kad pengenalan, pegawai bank tersebut sanggup keluar ke kereta bagi menemui dan mendapatkan cap jari ibunya.

Perkongsian menarik itu mendapat lebih daripada 260,000 tontonan dan hampir 10,000 tanda suka.

Tindakan pegawai bank wanita itu mendapat pujian daripada pengguna TikTok. Rata-rata mengatakan ia wajar dijadikan contoh untuk membantu memudahkan urusan pelanggan yang uzur atau tidak berkemampuan dari segi fizikal.

Baca juga: Mudahnya! Ini cara tukar kad debit Maybank secara online, kad dihantar ke rumah

Ujar mereka:

– “Inilah contoh staf yang patut dicontohi. Tidak kisah di mana-mana jabatan sekalipun, melayani pelanggan warga emas dan yang kurang berkemampuan.

Iklan

– “Terbaik staf CIMB Machang. Boleh dijadikan contoh kepada kakitangan yang lain.”

– “Sebenarnya boleh sahaja buat pengeluaran duit tidak perlu ke bank (seperti video yang tular sebelum ini). Semuanya atas budi bicara pihak bank.

– “Ini baru betul datang ke kereta. Bukan yang sakit terpaksa masuk dengan katil. Kita sebagai manusia harus memiliki hati yang memahami sesama sendiri.”

– “Respect, jarang-jarang dibuat oleh pihak bank. Terima kasih semua kakitangan bank kerana memudahkan urusan makcik ini. Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.”

Iklan

Baca juga: Tinggal RM1.97, RM5,444 dalam akaun lesap angkara scammer Berikut kronologi penipuan, hati-hati wanita!

Sumber: TikTok s..nass

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi