KAD mesin juruwang automatik (ATM) memudahkan proses pengeluaran wang. Apabila tamat tempoh, kad berkenaan perlu diperbaharui bagi membolehkan ia berfungsi.

Perkongsian seorang wanita yang terpaksa membawa ibu lumpuh dan terlantar bagi melakukan prosedur tersebut menarik perhatian warga maya.

Pengguna TikTok Nur Hatini Mahamud memuat naik sebuah video memaparkan situasi ibunya terpaksa dibawa ke cawangan sebuah bank dengan menggunakan katil. Menurut Nur Hatini, ibunya dibawa menaiki ambulans demi memenuhi tatacara yang ditetapkan.

Baca juga: Mudahnya! Ini cara tukar kad debit Maybank secara online, kad dihantar ke rumah

Baca juga: Caj pengeluaran ATM antara bank RM1 kembali dikenakan bermula Februari 2022

Menurutnya, sebelum itu beliau telah menghubungi bank berkenaan bertanya tentang cara yang sesuai memperbaharui kad ATM milik ibunya yang lumpuh.

Nur Hatini mendakwa dimaklumkan tiada cara lain untuk melunaskan prosedur itu kecuali membawa ibunya ke sana.

Kredit foto: TikTok @hatinimahamud

“Tidak boleh menggunakan kereta, terpaksa menggunakan ambulans St John kerana keadaan emak tidak boleh duduk. Semua kos itu perlu dikeluarkan sendiri, bukan percuma,” titip Nur Hatini kesal dengan pihak bank yang menurutnya tidak bertimbang rasa dengan pelanggan terlantar.

Warga siber rata-rata bersimpati dan berkongsi turut melalui situasi yang sama ketika berurusan dengan institusi kewangan lain.

-“Sama seperti arwah Datuk yang mengalami strok, kad bank beliau perlu renew. Pihak bank minta datang juga ke kaunter. Hendak sewa ambulans mahal, minta van jenazah ke sana,” titip pengguna TikTok @mascayah.

-“Tidak bolehkah bank kendalikan pelanggan sebegini dengan cara ke rumah mereka bagi yang tidak mampu?”

-“Allahuakbar, tolonglah berempati.”

Baca juga: Bolehkah orang lain guna akaun bank kita? Elak jadi mangsa akaun keldai, berikut 8 info mengenainya

Baca juga: Terbaiklah, bantuan beras terus dari mesin. Inisiatif canggih mesin ATM beras ini buat ramai tabik spring

Gambar hiasan

Dalam pada itu, ada dalam kalangan warganet yang berkongsi kebanyakan bank bertoleransi dalam mempermudahkan urusan pelanggan terlantar.

-“Dalam kes mak mertua saya, dia terbaring. Kami beritahu bank, mereka datang ke rumah tolong buatkan. Sepatutnya mereka datang ke rumah, bukan pelanggan ke bank.”

-“Saya bekas pekerja bank dan bekerja selama 21 tahun. Saya pernah dapat pelanggan begini tetapi kami sendiri pergi ke rumahnya.”

-“Ada surat doktor, staf kena berurusan dengan pengurus untuk membuat lawatan ke rumah pelanggan.”

-“Saya dahulu pernah kerja bank dan mengikuti rakan sekerja jumpa pelanggan yang terlantar. Pelanggan mahu keluarkan duit. Semua ini atas budi bicara.”

Baca juga: #SiBibirMerah: Gambar pesakit terlantar, kritikal bukan untuk dikongsi di media sosial

Baca juga: Kayuh basikal sejauh 31KM demi melawat ibu sakit

Sumber: TikTok @hatinimahamud

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan