HomeKisah MasyarakatCerita Orang KitaBayi ditekup, dihempas pengasuh...

Bayi ditekup, dihempas pengasuh mengundang amarah warganet, 5 info berkaitan

Bayi ditekup, dihempas pengasuh mengundang amarah warganet, 5 info berkaitan

KISAH penganiayaan bayi atau kanak-kanak bagaikan sudah membarah dalam masyarakat di seluruh dunia.

Setiap kali tularnya video memaparkan kanak-kanak dan bayi sebagai mangsa, hati mudah rasa tersentuh dan bersimpati walaupun tiada tali persaudaraan.

Baru-baru ini video yang memaparkan tindakan kasar wanita dipercayai pengasuh terhadap seorang bayi viral di laman sosial dan mengudang marah warganet.

Dua video berdurasi 49 saat dan 38 saat telah dikongsikan oleh pengguna Facebook memaparkan wanita ituberulang kali meniup wajah bayi berkenaan untuk menghentikan tangisan.

Dia juga dilihat bertindak menekap dan menghempas bayi berkenaan ke tilam.

Berikut lima info berkaitan kes berkenaan:

1-Polis Daerah Iskandar Puteri menerima satu laporan daripada orang awam yang menerima video di aplikasi WhatsApp.

2-Video berkenaan menunjukkan seorang wanita mengasari seorang bayi.

3-Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

4-Polis sedang mengesan suspek bagi tujuan siasatan.

5-Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan dikehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

Baca juga: Baru 3 hari hantar, bayi 4 bulan koma didera retak tempurung kepala! CCTV bukti hempas, goncang, pengasuh tak mengaku

TANDA-TANDA ANAK DIDERA

1. Mimpi buruk yang berulang-ulang

Biasanya, anak tidak dapat tidur malam dengan nyenyak kerana perkara yang menakutkan si kecil itu akan sentiasa menghantui dirinya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

2. Perkembangan merosot

Iklan

Ia membawa maksud perkembangan anak tiba-tiba sahaja menjadi mundur sebagai contoh anak yang berumur lima tahun akan berubah perangai seperti kanak-kanak yang berumur dua atau tiga tahun.

Sebagai contoh, anak kecil akan terkencing pada waktu malam, sangat takut pada ruang yang gelap dan sering menghisap ibu jari.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

3. Memberontak & impulsif

Sebenarnya tindakan itu adalah cara si kecil melindungi diri mereka sendiri setelah didera berkali-kali sehinggakan mereka menunjukkan tindakan sangat kurang sabar dalam perilaku dan tindakan yang dilakukan.

4. Menjadi sangat takut bila berdekatan dengan pelaku

Iklan

Pastinya, ibu bapa akan perasan anak akan lebih ‘clingy’ berbanding biasa. Jika perkara itu berlaku, mereka akan mengikut ke mana sahaja ibu bapa akan pergi dan tidak mahu ditinggalkan seorang diri seakan-akan ingin berkepit sepanjang masa dengan ibu bapa.

5. Tanda-tanda fizikal pada tubuh si kecil

Paling penting sekali adalah perubahan pada fizikal anak-anak. Ibu bapa perlu peka dengan kondisi mereka sebagai contoh badan dipenuhi lebam, kesan luka dan sebagainya.

Baca juga: Ditumbuk, tekap seterika, cucuh puntung rokok, berikut antara tiga kes dera bayi paling tragis

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron...

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai....

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya,...

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili...