Bayi perempuan 22 bulan positif dadah buat ramai sebak, ibu kini ditahan

ADUHAI dunia, apa dah jadi ni? Seorang kanak-kanak perempuan berusia 22 bulan disahkan positif dadah ketika menerima rawatan di Hospital Taiping, Perak.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, satu laporan diterima daripada pihak hospital apabila mangsa didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Ujarnya, mangsa dikatakan dihantar ke rumah nenek di Changkat Jering kerana ibunya mahu membeli barang keperluan di kedai runcit berhampiran.

Katanya, bagaimanapun, ketika mahu tidur, mangsa menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak terkawal menyebabkan ibunya membawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Baca juga #SiBibirMerah “Kalau jumpa botol ini, jangan percaya projek sains” – Masalah sosial akibat dadah menggerunkan

anak sakit suami dadah

 

Ujarnya lanjut, tindakan susulan diambil dengan melakukan tangkapan ke atas ibu mangsa yang berusia 22 tahun.

“Ujian saringan awal mendapati suri rumah itu turut positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod lampau dalam kes dadah.

“Permohonan reman akan dibuat. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya.

Razlam berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kejadian tersebut membuatkan ramai sebak akan nasib dan kehidupan anak kecil itu.

Baca juga Pelik tapi benar, sapu bayi lahir czer dengan cecair alat sulit ibu tingkatkan imuniti, kuatkan perkembangan saraf

Antara reaksi warganet;

Iklan

“Allahuakbar amat mendukacitakan mendapat berita ini. Semoga dipermudahkan segala-galanya dan ada jalan penyelesaiannya.”

“Allahuakbar selamatkan bayi ini Ya ALLAH SWT.”

“Allahu sedihnya kesiannya baby ini.”

“Allahuakbar .. selamatkanlah baby ini dari fitnah akhir zaman ya ALLAH.”

“Allahuakbar! Semoga ALLAH melindungi anak yang tidak berdosa ini.”

Iklan

Baca juga Sanggup tinggalkan bayi 16 bulan seorang diri lebih 10 hari, ini kejadian yang tak disangka-sangka

Nauzubillahiminzalik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!